Kerajaan PH terus polisi tekan rakyat

webmaster

KUALA KRAI: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diharap membawa lembaran baru buat rakyat Malaysia, rupa-rupanya hanya menyambung tradisi menindas rakyat.

Semalam Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilapor mengumumkan kerajaan akan mengenakan tindakan terhadap pemilik kenderaan yang enggan menukar beg udara yang bermasalah.

Adun Mengkebang, Ustaz Muhammad Mat Sulaiman berkata, kerajaan persekutuan dilihat tidak serius menangani kos sara hidup.

Menurutnya, dasar yang diamalkan kerajaan lalu tidak lagi dilakukan perubahan oleh kerajaan PH.

“Janji-janji yang dibuat semasa kempen pilihan raya baru-baru ini cuma sebagai gula-gula untuk mengaburi mata rakyat, tetapi tiada apa yang dapat dilaksanakan.

“Perumpamaan terhadap nasib rakyat pada hari ini ialah keluar mulut harimau, masuk mulut buaya, sedangkan kita ada kemampuan untuk melakukan perubahan,” katanya di sini.

Adun Guchil, Hilmi Abdullah berkata, polisi serta dasar yang dilaksanakan kerajaan PH sehingga hari ini tidak menjamin kebajikan rakyat. – HARAKAHDAILY 2/7/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Thailand tidak benar perkahwinan bawah umur

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam Narathiwat dikatakan tidak diberi maklum mengenai perkahwinan lelaki dari Kelantan dengan kanak-kanak berusia 11 tahun di Sungai Golok baru-baru ini. Yang Dipertuanya, Baba Haji Syafie memaklumkan perkahwinan yang dibuat pasangan berkenaan tanpa mendapat kebenaran. Silakan share jika bermanfaat....Facebook0TwitterPrint

Subscribe US Now