Kerajaan tangani segera kebajikan rakyat

KOTA BHARU: Kerajaan dianggap bertindak segera dalam mendepani isu kebajikan rakyat ketika menghadapi musibah Covid-19 yang berlaku sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Dr Izani Husin berkata, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bertindak membantu rakyat yang terkesan wajar diberikan pujian.

Katanya, bantuan rangsangan yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi manfaat kepada semua lapisan rakyat.

“Gunakan setiap bantuan yang diberikan dengan penuh berhemah dan patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana sahaja anda berada,” katanya di sini.

Baru-baru ini kerajaan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berjumlah RM250 bilion bagi memberi manfaat kepada rakyat.

Hampir RM128 bilion daripada jumlah itu disalurkan bagi kebajikan rakyat, RM100 bilion menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.

Dr Izani juga berkata, pujian patut dikreditkan kepada Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pihak Berkuasa Tempatan dan NGO sebagai hero barisan hadapan Malaysia hari ini.

“Pengorbanan mereka membantu kerajaan ketika musibah sekarang tidak boleh disangkal lagi,” ujarnya.- HARAKAHDAILY 8/4/2020

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2020/04/08/kerajaan-tangani-segera-kebajikan-rakyat/

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment