Kerajaan warta Wat di Kelantan

webmaster

Hari bersejarah kepada komuniti Siam dan penganut Buddha di Kelantan khususnya apabila Kerajaan ‘Membangun Bersama Islam’ di bawah teraju YAB Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob telah menyampaikan Warta Kerajaan Negeri Kelantan kepada 9 daripada 12 tapak Wat di Tumpat.

Warta berkenaan di bawah tajuk rekreasi dan kebudayaan menjamin keadilan sosial dan kebebasan menjalani aktiviti keagamaan dan kebudayaan komuniti Siam dan Buddha pada masa akan datang.

Sebagaimana Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) yang telah diamanahkan merancang dan mengawasi kegiatan serta pembangunan masjid di negeri ini, Majlis Sangha Kelantan telah diamanahkan sebagai badan yang bertanggungjawab mengawasi kegiatan dan pembangunan wat-wat di seluruh Kelantan.

Keharmonian dan toleransi yang sangat baik di antara kaum dan agama di Kelantan ini diharapkan dapat menjadi contoh kepada dunia yang skeptik dengan Islam.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Penantian warta wat Siam jadi kenyataan

SEBELUM ini permohonan pernah diajukan ketika Barisan Nasional (BN) mentadbir Kelantan, namun tiada usaha bagi mewartakan tapak wat Siam di negeri tersebut. Bagaimanapun hari ini penantian sejak berpuluh tahun masyarakat Siam dan penganut Buddha menjadi kenyataan apabila sembilan tapak wat diwartakan kerajaan negeri. Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob […]

Subscribe US Now