Kerajaan yakin capai 25% NRW pada 2025

Kerajaan yakin dapat mematuhi syarat dan KPI sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian Penstrukturan Semula Perkhidmatan Bekalan Air.

RM604 juta hutang perkhidmatan dan pengurusan air Kerajaan Negeri yang akan diambil alih PAAB dan sebanyak RM56 juta lagi dilupuskan atau dihapus kira. Ia selaras dengan perjanjian yang termaktub di dalam Penstrukturan Semula Perkhidmatan Bekalan Air yang ditandatangani baru-baru ini.

Juga Kerajaan Negeri disyaratkan menepati 5 KPI yang telah ditetapkan. Di antaranya ialah pada tahun 2025, kadar Non Revenue Water (NRW) atau kadar kehilangan hasil air seperti kebocoran mestilah pada paras 25% dan kerajaan yakin dapat mencapainya dengan kerjasama semua pihak.

(Visited 1 times, 1 visits today)

Add Comment