Kereta terbang cetus kebimbangan rakyat

webmaster

KUALA LUMPUR: Perkembangan pembangunan model prototaip kereta terbang (air mobility) membangkitkan kebimbangan rakyat mengenai kedaulatan terhadap ruang udara yang sekali gus mencetuskan keselamatan negara.

Membangkitkan isu tersebut dalam soalan tambahan ketika persidangan pertanyaan lisan Dewan Rakyat hari ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Man menuntut kerajaan menjelaskan langkah keselamatan yang telah dirancangkan untuk mengawal isu terbabit.

“Saya ingin meminta penjelasan mengenai isu pencerobohan isu keselamatan negara dan pencerobohan ruang peribadi yang menjadi isu di kebanyakan negara dunia bila air mobilitiy ini berkembang.

“Dalam konteks negara kita apakah mekanisme yang pihak kementerian bercadang untuk diwujudkan bagi mengawal isu-isu soal ini supaya bila air mobility ini menjadi satu fenomena dalam negara isu pencerobohan ruang peribadi dan isu keselamatan dapat ditingkatkan,” soal Ustaz Tuan Ibrahim.

Menjawab pertanyaan tersebut, Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Md Yusof berkata teknologi ‘Artificial Intelligence‘ (AI) yang mematuhi undang-undang akan diperkenalkan malah AI tersebut difahamkan hanya menyediakan satu laluan tertentu akan dikenalpasti untuk kenderaan kereta terbang.

“Dengan menggunakan kaedah yang sedia ada contoh dengan mempelajari dengan negara-negara yang sedang bergiat aktif dengan air mobility seperti di Perancis, di Emiriah Arab Bersatu, Amerika Syarikat contohnya, kita lihat hari ini pelancaran kereta terbang dari Singapura sekalipun mereka melancarkan di United States.

“Undang-undang belum ada lagi untuk memudahcarakan penerbangan kereta terbang, jadinya kalau kita lihat hari ini negeri-negeri yang bergiat dengan kereta terbang telah pun wujud seperti contoh di Perancis,” katanya.

Jelasnya, kementeriannya menjangkakan prototaip air mobility akan dilancarkan seawal bulan Oktober ini malah projek tersebut masih di peringkat perbincangan dengan kementerian pengangkutan dan agensi berkaitan dalam memastikan isu keselamatan kedaulatan ruang udara. – HARAKAHDAILY 2/7/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/11767-kereta-terbang-cetus-kebimbangan-rakyat

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Apa usaha perkasa pelancongan Kelantan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof mempersoalkan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan sama ada usaha untuk memperkasakan pelancongan di Terenganu akan turut diperkasakan di negeri lain khususnya Kelantan. Bagaimanapun persoalan tersebut tidak berbalas dan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik hanya menjawab persoalan […]

Subscribe US Now