Kerjasama akademik pertahan ‘Serambi Mekah’

webmaster

USAHA kerajaan negeri menjalin kerjasama bidang pengajian tinggi Islam dengan universiti terkenal luar negara bagi meneruskan kesinambungan Kelantan sebagai Serambi Mekah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kerjasama dengan Universiti Islam Madinah diusahakan sejak 2014.

“Kami menjunjung kasih kepada Pemangku Raja Kelantan kerana menyarankan kerjasama akademi antara Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dengan Universiti Islam Madinah sejak 2014,” katanya menjawab soalan Ustaz Roseli Ismail (PAS-Kemuning) pada persidangan Dun hari ini.
Pada Mei lepas KIAS mengadakan perjanjian persefahaman dengan Universiti Islam Madinah dalam proses mengantarabangsa kolej tersebut.

Dr Mohamed Fadzli berkata, hasil kerjasama itu membolehkan pelajar belajar di KIAS selama empat tahun dan di Madinah setahun bagi mendapat sarjana muda Bahasa Arab.

Menurutnya pelajar meneruskan pengajian di Madinah selama setahun bagi membolehkan mereka memantapkan lagi penguasaan bahasa.

“Selain itu Universiti Islam Madinah juga menawarkan 25 tempat kepada pelajar lulusan STAM untuk belajar di universiti tersebut secara percuma,” ujarnya.

Beliau juga berkata, pelajar-pelajar negeri ini terutamanya lepasan Yayasan Islam Kelantan diterima belajar di universiti di Turki dalam bidang perubatan, farmasi dan pergigian.

Kelantan juga mengadakan kerjasama dengan Universiti Az-Zaitunah di Tunisia dalam bidang pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

“Kita juga meluaskan kerjasama akademik dengan beberapa universiti di Indonesia,” ujarnya.

Menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga), kata beliau kerjasama dengan 100 universiti terkenal di dunia tidak dilaksanakan kerana ia melibatkan kos yang tinggi.  – HARAKAHDAILY 12/7/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan pungut RM939 juta projek ladang hutan

SEJAK projek ladang hutan dilaksanakan di Kelantan, kerajaan negeri berjaya mengutip hasil sebanyak RM939 juta, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah. Beliau berkata, projek ladang hutan itu dimulakan pada 2006 sehingga 2013. Bagaimanapun katanya, selepas itu projek tersebut dibekukan bagi memberi peluang kelulusan yang diberi sebelum ini dilaksanakan sepenuhnya. […]

Subscribe US Now