Kerjasama masyarakat diharapkan – Ketua Polis Kelantan

oleh Nik Azman Nik Mustafa

KOTA BHARU, 25 Mei: Kerjasama dan sokongan daripada setiap lapisan masyarakat amat diharapkan dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian Covid-19.

Ketua Polis Kelantan, DCP Dato’ Shafien Mamat berkata demikian ketika wawancara khas “Bersama Dato’ KP” live ULUM@UPKN hari ini.

Katanya, penguatkuasaan tanpa kerjasama daripada masyarakat sukar untuk mencapai sasaran.

“Untuk langkah yang lebih berkesan pada PKP 3.0 ini, kerajaan mewujudkan team pemantau SOP di setiap daerah yang diketuai oleh Ketua Jajahan.

IPK turut mewujudkan bilik gerakan termasuk di daerah-daerah untuk penyaluran maklumat secara lebih pantas dan berkesan,” tambahnya.

Katanya lagi, setiap penguatkuasaan yang dilaksanakan adalah untuk kebaikan rakyat dan negara yang mana semenjak PKP dilaksanakan telah berlaku pengurangan dalam kes jenayah, kemalangan dan penyeludupan.

Berhubung perkara yang sama, beliau menegaskan tiada kompromi dalam penguatkuasaan undang-undang sebagai contoh selepas pukul 8.00 malam tiada pergerakan di luar rumah kecuali kecemasan untuk ke farmasi atau hospital.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment