Kerjasama Masyarakat Perlu Dalam Memerangi Rasuah

webmaster

PENGKALAN KUBOR – Sokongan dan kerjasama daripada setiap lapisan masyarakat adalah perlu dalam memerangi gejala rasuah yang boleh mengancam kestabilan negara.

Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Kelantan, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat ketika berucap mewakili Menteri Besar pada Majlis Perasmian Papan Iklan Mesej Anti Rasuah Dwi-Bahasa (Malaysia-Thai) di Kompleks ICQS Pengkalan Kubor pagi ini.

Katanya, program seperti ini akan memberi kesan positif dalam mengatasi aktiviti penyeludupan di sempadan kedua-dua negara yang membabitkan Malaysia-Thailand.

“Masyarakat perlu memberi kerjasama dalam memerangi rasuah yang membabitkan aktiviti di sempadan yang tentunya akan mengancam keselamatan masyarakat dan negara.

Isu pengawalan di kawasan sempadan perlu ditingkatkan daripada semasa ke semasa dan masyarakat perlu sentiasa peka dengan masalah di sempadan.

Tambahnya, sebagai rakyat Kelantan kita perlu berterima kasih kepada pasukan keselamatan di sempadan yang telah menjalankan tanggungjawab dengan sepenuhnya walaupun terpaksa berdepan dengan keselamatan diri mereka.

Turut berucap, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Dato’ Jaafar Mahad, yang turut menekankan bahawa kerjasama daripada setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum adalah penting dalam memerangi jenayah rasuah.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan yang turut memberi kerjasama dalam memerangi jenayah rasuah di negeri ini.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyemarakkan semangat anti rasuah di kalangan agensi-agensi kerajaan yang bertugas di sempadan dan penduduk setempat.

Mendidik orang awam yang menggunakan pintu keluar masuk negara di ICQS Pengkalan Kubor untuk memerangi rasuah, serta mewujudkan keterlibatan pemimpin tertinggi negeri dan agensi-agensi Kerajaan Negeri dalam usaha pencegahan rasuah yang dilaksanakan oleh SPRM.

Turut hadir Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Haji Che Abdullah Mat Nawi, ADUN Wakaf Bahru, Mohd. Rusli Abdullah, ADUN Kelaboran, Haji Mohd. Adanan Hassan, Ketua Jajahan Tumpat, Rosnazli Mohd. Amin dan Pengarah SPRM Kelantan, Ramli Ismail.

Selain itu, turut serta adalah Konsul General Kedutaan Thailand, Gabenor Wilayah Narathiwat dan Pegawai-Pegawai Daerah Takbai.

Majlis tersebut adalah anjuran bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan, Majlis Daerah Tumpat, ICQS Pengkalan Kubor dan SPRM Negeri Kelantan.- UPKN KELANTAN 21/2/2019

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

59 penghulu bukan Islam di Kelantan

KOTA BHARU: Biarpun sebagai kaum minoriti di Kelantan namun masyarakat Tionghua sentiasa mendapat perhatian kerajaan negeri. Malah kerajaan negeri juga membina pintu gerbang khas di Dataran Cheng Ho di Jalan Kebun Sultan Kota Bharu sebagai menggambarkan kewujudan komuniti tersebut di Kelantan. Selain itu seramai 59 penghulu mewakili masyarakat Cina, India dan […]

Subscribe US Now