Kerjasama pusat manfaat tanah terbiar

webmaster

PASIR PUTEH: Kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan kerajaan pusat membuat kajian berkaitan tanaman yang sesuai bagi memanfaatkan tanah terbiar di Kampung Gong Manak.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, Ustaz Tuan Saripuddin Tuan Ismail berkata, kajian dibuat terhadap kesesuaian tanah di situ selain padi dan kelapa sawit.

“Untuk kepentingan rakyat kita bersedia bekerjasama dengan kerajaan pusat. Kita berharap pusat turut membantu keperluan petani di sini,” katanya selepas majlis ramah mesra petani dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Salahuddin Ayub.

Program berkenaan diadakan di Kampung Gong Manok, dekat sini. Hadir sama Pengarah Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kemasin Semerak, Nik Hamadi Nik Abdullah.

Salahuddin ketika ditemui berkata, pihaknya akan menunggu laporan IADA berkaitan status tanah di Kampung Gong Manak. – HARAKAHDAILY 4/9/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7978-kerjasama-pusat-manfaat-tanah-terbiar

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Janji reformasi institusi utama negara dimungkiri

KEPERCAYAAN terhadap ketelusan Kerajaan mengangkat nilai kedaulatan undang-undang semakin terhakis dengan penarikan semula dua kes rasuah melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon. Ia menimbulkan persoalan ramai terhadap sejauh mana institusi teras dalam negara ini benar-benar bersih daripada pengaruh pihak luar dalam menentukan […]

Subscribe US Now