KERJASAMA PUSAT-NEGERI BANGUN LUAR BANDAR

webmaster

Oleh Salmah Mat Husain

KOTA BHARU: Penyelarasan gerak kerja antara kerajaan Pusat dan negeri berkaitan pembangunan luar bandar diperlukan bagi memastikan keberkesanannya.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, perlu wujud persefahaman terutamanya berkaitan aspek pemikiran antara kedua-dua kerajaan.

“Pembangunan jika diurus kerajaan Pusat sahaja tidak berkesan, begitu juga sebaliknya kalau negeri sahaja yang melaksanakannya.

“Kena ada penyelarasan bersama untuk mendapatkan kesan yang lebih baik kepada rakyat,” katanya selepas menerima kunjungan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Sivarasa Rasiah di Pejabatnya hari ini.

Beliau juga berkata, kerajaan Kelantan sentiasa memberi kerjasama kepada semua pihak khususnya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (Jakoa) dalam melaksanakan program kebajikan terhadap penduduk Orang Asli.

Katanya juga pada pertemuan dengan Timbalan Menteri terbabit banyak isu yang dibincangkan. – HARAKAHDAILY 15/7/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/11934-kerjasama-pusat-negeri-bangun-luar-bandar

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

DAPAT ROYALTI BOLEH TANGANI ISU KEMISKINAN

Oleh Aslani M KOTA BHARU: Sudah tiba masanya Putrajaya mengembalikan royalti petroleum dan gas yang menjadi hak Kelantan sebagaimana perjanjian yang dimanterai pada 1975. Presiden Kelantan Care, Nazman Che Iberahim berkata, lagi pun sebelum ini Kelantan disisih begitu lama bagi mendapat hak di bawah semangat federalisme. Katanya, masalah kemiskinan di semua […]

Subscribe US Now