Kerjasama semua pihak tangani rasuah

KOTA BHARU: Semua pihak di Kelantan diharap dapat memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dalam menangani gejala rasuah.

Wakil Panglima 8 Briged menerima bungkusan kuih raya daripada Menteri Besar.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, kedudukan negeri itu bersempadan dengan Thailand menyebabkan aktiviti jenayah mudah berlaku jika tiada penguatkuasaan yang ketat.

“Sekiranya pengawalan sempadan tidak diperketatkan sepanjang masa, penyeludup bukan sahaja boleh membawa barangan seperti mercun, dadah malah ada juga kes penyeludupan senjata.

“Aktiviti pemerdagangan manusia dan penjualan organ juga boleh berlaku,” katanya selepas menyampaikan bungkusan kuih raya kepada pasukan keselamatan di Kota Darulnaim hari ini.

Sebanyak 13,000 bungkusan kuih raya diberi kepada pasukan keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia, tentera, Jabatan Kastam, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Penjara Malaysia.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah dan Speaker Dun Kelantan Dato’ Abdullah Ya’kub.

Pada 29 Januari lepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023. – HARAKAHDAILY 15/5/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/11063-kerjasama-semua-pihak-tangani-rasuah

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment