KESALAHAN BERLAGAK LAIN JANTINA DIDENDA

webmaster
Ketua Jajahan Pasir Mas menerima teks munajat daripada Menteri Besar.

oleh Salmah Mat Husain

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan terus istiqamah ke arah mendokong pelaksanaan hukum syariah sepenuhnya dengan memperkasa undang-undang syariah di negeri ini.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub berkata, persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) baru-baru ini sebulat suara meluluskan pindaan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah (1) 2019.

Katanya, pindaan itu dilulus bagi menzahirkan kepada umum enakmen tersebut bersifat mendidik dan bukan menghukum.

“Sebagai contoh penambahbaikan dalam enakmen yang lama bagi kesalahan orang lelaki berlagak seperti perempuan atau sebaliknya.

“Hakim terikat untuk menjatuhkan hukuman terhadap pesalah tersebut yang hanya terhad kepada hukuman denda atau penjara sahaja,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Hududullah di Medan Ilmu, hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah, Speaker Dun Kelantan Dato’ Abdullah Ya’kub, anggota-anggota Exco, wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan. – HARAKAHDAILY 25/10/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita/13757-kesalahan-berlagak-lain-jantina-didenda

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

SARANAN SOLAT HAJAT BUAT MANGSA LEMAS SUNGAI KELANTAN

29 OKTOBER 2019 | SELASA KOTA BHARU – Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Hjh Mumtaz Md. Nawi mewakili YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, turun meninjau misi pencarian mangsa lemas di Sungai Kelantan. Anggota Polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat masih lagi meneruskan misi pencarian […]

Subscribe US Now