KESEDARAN RAKYAT JAGA KEBERSIHAN MENINGKAT

webmaster

Oleh: Muhammad Arif Ismail

KOTA BHARU: Tahap kesedaran rakyat bagi meningkatkan kebersihan semakin meningkat di Kelantan sekarang, kata anggota Exco Dr Izani Husin.

Beliau berkata, fenomena sekarang di mana orang ramai bercakap mengenai kebersihan selepas kempen secara giat dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum lepas.

Bagaimanapun katanya usaha itu boleh dipertingkat lagi di sesetengah kawasan memandangkan kesedaran rakyat di situ belum meluas.

“Kita berusaha meningkatkan kesedaran kepada rakyat. Tahun hadapan kita akan menambah infrastruktur seperti tong sampah dan lori.

“Kempen secara berterusan diharap dapat melahirkan Kelantan bersih dan ceria,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Negeri di ruang promosi Pasar Besar Siti Khadijah di sini semalam.

Hadir sama Pengarah Kesihatan Kelantan Dr Zaini Hussin; Pengarah Dasar Perancangan Strategik dan Standard Codex Kementerian Kesihatan Malaysia Ahmad Nadzri Sulaiman dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya (MPKB-BRI) Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf.– HARAKAHDAILY 29/7/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/12181-kesedaran-rakyat-jaga-kebersihan-meningkat

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

BANTU KUKUHKAN LITERASI KEWANGAN PENJAWAT AWAM

Oleh: TUAN IBRAHIM TUAN MAN SAYA mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti khususnya Jaringan Pendidikan Kewangan kerana telah melancarkan program yang sangat bermanfaat iaitu, “Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023” di Sasana Kijang, minggu lepas. Program yang sangat dinantikan bagi mendidik rakyat Malaysia hal ehwal […]

Subscribe US Now