MINA: Semalam menyaksikan kawasan jamrah, tempat melontar penuh sesak dengan kehadiran jutaan jemaah haji.
Bermula di terowong tempat pusingan pertama bagi jemaah haji Malaysia menuju ke jamrah, kesesakan mulai terasa.
D situ jemaah haji Malaysia bertembung dengan jemaah Indonesia yang menginap di maktab bersebelahan.
Bermula dari situ kesesakan memanjang sejauh lebih 2 km sehingga sampai ke kompleks jamrah.
Biar pun kesesakan begitu ketara namun aliran pergerakan jemaah haji berjalan lancar. Deretan lautan manusia boleh dilihat dari tempat jauh.
Ia boleh dikatakan sebagai perarakan umat manusia paling besar dalam sejarah ketamadunan dunia.
Berbekalkan satu kalimah syahadah perarakan jemaah haji berjalan di tengah-tengah arus manusia berjalan menuju tiga jamrah.
Paling besar jemaah haji dari Indonesia yang menggunakan terowong di tingkat 3.
Kumpulan-kumpulan kecil jemaah haji Indonesia yang membawa pelbagai jenis bendera wilayah dan travel mewarnai perarakan jutaan manusia itu.
Biarpun kesesakan berlaku di jalan dan terowong di aras tiga ke tempat melontar, namun ia berjalan lancar.
Malah di tiga-tiga jamrah dikawal ketat anngota pasukan keselamatan bagi memastikan acara melontar berjalan lancar.
Berbanding petang kelmarin, kesesakan di jalan dan tempat melontar hari ini begitu ketara sekali.
Ramai jemaah haji mahu mengambil kesempatan melontar berdekatan dengan jamrah bagi mengelak batu tersasar keluar.
Kita boleh melihat ribuan jemaah haji mengangkat tangan bagi melakukan balingan silih berganti.
Selepas melontar jemaah haji tidak dibenarkan berada lama di situ. Anggota polis akan mengarahkan mereka beredar dari situ.
Perarakan hari ini diiringi dengan takbir Hari Raya Korban yang dilaungkan setiap jemaah haji. Jemaah haji Indonesia menggunakan healer bagi melaungkan takbir.
Kini tinggal sekali kali lagi acara melontar yang perlu dilakukan setiap jemaah haji. Hari ini 12 Zulhijjah.
Setiiap jemaah haji terpaksa berjalan kaki sejauh lebih 4 km untuk menyempurnakan ibadat melontar. – HARAKAHDAILY 14/9/2016