Kesihatan MB Kelantan makin baik terus tugas

KOTA BHARU: Setelah diberi cuti rehat selepas menjalani pembedahan di bahagian kepala 14 April lepas, Ustaz Datuk Ahmad Yakob kembali memasuki pejabatnya di Kota Darulnaim sebagai persediaan awal sebelum memulakan tugas secara rasmi.

MBkerjaUstaz Ahmad berkata, cuti sakitnya berakhir pada 6 Jun ini.

“Bagaimanapun saya akan mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk terus bertugas atau menyambung cuti sakit.

“Sehari dua ini temu janji saya dengan doktor untuk imbasan sekali lagi di bahagian kepala. Jika tidak ada masalah saya boleh mula bertugas sepenuhnya.

“Ini kerana kesihatan saya semakin baik dan mampu untuk meneruskan tugas-tugas di pejabat,” katanya ketika ditemui semalam. Badannya kelihatan agak kurus sedikit berbanding sebelum ini.

Sebelum ini Menteri Besar menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian bagi membuang darah beku di bahagian kepalanya. – HARAKAHDAILY 25/5/2016

(Visited 1 times, 1 visits today)

Add Comment