Ketua Pegawai Eksekutif Dan Anggota PKINK Terima Darjah Kebesaran Kelantan

pingat-1024x768KOTA BHARU 12 Nov- Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Dato’ Dr Wan Zawawi Wan Ismail antara 599 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena sambutan ulang tahun keputeraan ke-47 Sultan Muhammad V di Istana Balai Besar, di sini.

Dalam majlis istiadat tersebut, Wan Zawawi dikurniakan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K.) yang membawa gelaran Dato’.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (P&P) Kumpulan PKINK, Mohd Asri Sulaiman pula dianuge­rahkan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (P.S.K.).Sementara itu, Pengurus Kanan Audit Dalaman Kumpulan PKINK, Nor Azuwan Saleh dan Timbalan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan PKINK, Ahmad Faizol Abdul Aziz menerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (B.S.K.).

Bintang Seri Mahkota Kelantan (S.M.K.) pula dianugerahkan kepada Penolong Pegawai Tadbir Kanan Bahagian Projek, Sumber Asli dan Industri, Meriam Omar manakala Pembantu Tadbir Kanan Bahagian Projek, Sumber Asli dan Industri, Aziz Mahmud dianugerahkan Bintang Ahli Kelantan (A.K).

Istiadat pengurniaan kali ini turut menyaksikan Pembantu Tadbir Kanan Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Muhammad Che Ismail menerima Pingat Bakti (P.B.) dan Pemandu PKINK, Che Alias Ali menerima Pingat Taat (P.T.).

Sementara itu Setiausaha Ke­rajaan Negeri, Dato’ Mohd. Faudzi Che Mamat dalam sidang akhbar di Istana Balai Besar di sini berkata, daripada 599 penerima seramai 29 daripada mereka menerima Darjah Kebesaran Al-Petrawi yang baru diperkenankan pada tahun ini khas untuk badan beruniform Perkhidmatan Awam.

“Sempena ulang tahun kepute­raan baginda tahun ini, Sultan Muhammad V juga berkenan me­lantik seramai sembilan Jaksa Pendamai (JP),” katanya.- BKTM 15 NOVEMBER 2016

(Visited 41 times, 7 visits today)

Add Comment