Kg Warisan, Ambo tak zalim – MB Kelantan

webmaster

“Ambo tak akan berbuat zalim,” Ustaz Ahmad Yakob.

Mengulas mengenai isu pembangunan Kampung Warisan di Kg. Laut, Tumpat iaitu program pembangunan di bawah ECER, YAB Dato’ Bentara Kanan, Ustaz Ahmad Yakob memberi jaminan bahawa fasa pertama akan dimulakan dengan projek tebatan banjir.

Manakala 12 orang penduduk yang terlibat dengan pengambilan tanah berjumlah 2.2 ekar diberikan pampasan semaksima mungkin berserta lot tanah kediaman di kawasan yang telahpun dikenalpasti.

Ustaz Ahmad turut menegaskan bahawa pembinaan awal tertumpu kepada madrasah dan rumah Dhu’afat, iaitu khusus kepada para penduduk yang terlibat dengan pengambilan tanah tetapi hanya menumpang atau menyewa.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Carbon Credit sumber hasil alternatif kepada pembalakan

Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa komited dan kreatif dalam menjana hasil negeri. Kerajaan Negeri sejak dari era pentadbiran al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat lagi seringkali didakwa rakus ‘meratah’ hasil balak. Justeru, 9 Januari 2017 telah dimeterai perjanjian berhubung penerokaan baru bidang Carbon Credit atau Perdagangan Karbon dengan sebuah […]

Subscribe US Now