Kias, Maik kerjasama tubuh dana wakaf pendidikan

webmaster

profdraziz1KOTA BHARU: Kolej Islam Sultan Ismail Petra (Kias) sedang berusaha menubuhkan Dana Wakaf Pendidikan Kias dalam usaha pembangunan institusi berkenaan.

Ketua Eksekutif Kias, Prof. Dr. Abdul Aziz Mohd Zin berkata, ia direalisasikan menerusi kerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).

Menurutnya, usahasama itu diketengahkan sebagai instrumen bertujuan pembangunan kampus, pembangunan program akademik, penyelidikan, pembangunan pelajar dan sumber manusia.“Selain dari usaha terbaru ini, usaha mencari dana turut dilaksanakan oleh bahagian korporat Kias melalui program yang berteraskan akademik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja pada persidangan pendidikan tinggi Kelantan yang berlangsung selama tiga hari disini.

Tambahnya lagi, sumber pendapatan utama Kias adalah yuran pengajian kerana institusi itu ditubuhkan bukan berpaksikan keuntungan tidak seperti IPT lain.

Katanya lagi, kini sudah tiba masanya Kias dinaiktaraf sebagai sebuah Kolej Universiti, namun perkembangan akademik menyebabkan hasrat itu terhalang.

“Kemajuan yang dicapai oleh kebanyakan kolej seangkatan dan bersesuaian usia penubuhan serta pencapaian kita, sepatutnya kita sudah capai status Kolej Universiti,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/10/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Blockade laluan balak: "Ini satu silap faham," MB

“Kerajaan mengambil hasil mengikut SOP dengan cara yang betul, nasihat yang betul. Maka mereka kena difahamkanlah. Ini satu silap faham, maka silap faham ini mesti kita betulkan. Menghalang dengan tidak ada sebab-sebab yang dibenar oleh undang-undang adalah satu perkara yang tidak boleh (salah),” YAB Ustaz Dato’ Ahmad Yakob. Silakan share […]

Subscribe US Now