Kias mohon kolej universiti sejak 2009

webmaster

kias-graduanKOTA BHARU: Permohonan bagi menaik taraf Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) kepada kolej universiti dibuat sejak 2009 dan berterusan sehingga sekarang.

KOTA BHARU: Mengambil kira dasar pendidikan tinggi Islam di negara ini tidak menepati nilai sebenar, Kelantan cuba mengisi kelompangan ituPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, Kias sudah mematuhi syarat disyaratkan pihak terbabit.

Katanya berdasar kepada syarat ditetapkan kementerian sepatutnya dinaik taraf sebagai kolej universiti pada 2010.

“Tetapi syarat baharu ditambah pula sehingga Kias terpaksa menaikkan lagi tahap seperti yang dikehendaki mereka.“Kerajaan negeri dan Kias tidak akan berhenti membuat permohonan biar pun sering kali ditolak.

“Usaha-usaha peningkatan dalam pelbagai aspek sering dibuat bagi membolehkan Kias mencapai tahap yang dikehendaki,” katanya di sini.

Kias merupakan kesinambungan Pusat Pengajian Tinggi Islam (PPTIK) Nilam Puri yang ditubuhkan pada 1965. Kemudian dikenali Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK).

Bagaimanapun selepas BN mentadbir Kelantan mulai 1978, akhirnya pada 1 April 1981 YPTIK diambil alih Universiti Malaya dan ditukar nama kepada Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Dan selepas PAS kembali mentadbir Kelantan pada 1990, kerajaan negeri menubuhkan Maahad Ad-Dakwah Wal Imamah pada 1994 bagi mengembalikan kegemilangan YPTIK.

Kias pada peringkat awal menawarkan pengajian Diploma Al-syariah, Diploma Usuluddin dan Diploma Al-Dakwah Wal Qiadah.

Bagaimanapun mulai sesi 2002/2003 diperkenalkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Al-Syariah dan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (3+1) dengan Universiti al-Azhar, Mesir. – HARAKAHDAILY 1/12/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pemimpin PH boleh tanya kami – PKR Gua Musang

GUA MUSANG: Isunya sekarang bukan lagi masalah kehidupan masyarakat Orang Asal, sebaliknya tekanan politik terhadap kerajaan Kelantan di bawah kepemimpinan ulama. Lebih mengecewakan lagi ada pihak tanpa mendapat maklumat daripada kerajaan negeri dan pemimpin di sini, terus membuat tuduhan tidak berasas kepada Kelantan. Penyelia Dun Nenggiri Syed Azhar Syed Alwi […]

Subscribe US Now