Dalam ucapan Titah Pemangku Raja Kelantan, Yang Maha Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz ibni Sultan Ismail Petra sempena Istiadat Pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan Kali Yang Pertama Bagi Tempoh Penggal Yang Kelima Dewan Negeri Kelantan Ke-13 tahun 2017, menyentuh keberkesanan dasar dan polisi Kerajaan Negeri memajukan institusi pendidikan Islam yang berjaya melahirkan insan cemerlang dunia dan akhirat.
Juga disentuh kecemerlangan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di peringkat nasional, bahkan antarabangsa selanjutnya menyarankan pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mempertimbang permohonan Kerajaan Negeri untuk menaiktaraf KIAS kepada sebuah Kolej Universiti.