KIT SIANG DAN DAP DIPELAWA BERTEMU DR ZAKIR NAIK

webmaster

Oleh: Izwan Abdul Halim

KUALA LUMPUR: Desakan melampau dan angkuh para pemimpin DAP supaya Dr Zakir Naik keluar daripada Malaysia menyerlahkan sikap sebenar mereka terhadap pendakwah Islam dan hal ehwal agama ini.

Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, para pemimpin parti itu khususnya Penasihat DAP, Lim Kit Siang sewajarnya bersikap lebih rasional agar tidak terus dilihat melulu dan emosi.

Sedangkan Dr Zakir katanya, menyampaikan dakwah secara hujah dan wacana perbincangan, bukannya menyebar kebencian atau bertindak secara ekstrem, radikal, militan mahupun subversif.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengarah Program Jelajah Dakwah Dr Zakir Naik Ke Kelantan 2019 mempelawa Lim Kit Siang dan semua pimpinan DAP hadir ke Kota Bharu di Stadium Sultan Muhammad IV pada Jumaat, 9 Ogos nanti.

Katanya, pihak beliau sedia menyediakan segala kemudahan penginapan dan perjalanan kepada Lim Kit Siang untuk bertemu sendiri dengan Dr Zakir Naik mengajukan sebarang isu.

“Boleh bersoal jawab sendiri dengan Dr Zakir. Persoal terus kepada Dr Zakir sama ada beliau patut balik ke India atau tanyalah sebarang kemusykilan yang dikehendaki.

“YB Lim Kit Siang juga boleh membawa pembantu yang berilmu untuk bersoal jawab dengan Dr Zakir Naik kiranya perlu untuk berbahas berasaskan ilmu, dan bukannya prasangka atau kebencian seperti yang ditunjuknya hari ini.

“Saya tertanya-tanya, apa dendam Lim Kit Siang dan pemimpin DAP kepada Dr Zakir Naik? Sedangkan masyarakat teruja berdepan hujahnya yang ilmiah dan berhikmah.

“Jadi, mari saya persiapkan segala keperluan untuk YB Lim Kit Siang hadir dan agar kalian tidak perlu lagi dilihat memanjangkan kebencian terhadap Islam dan pendakwah Islam,” pelawa beliau. – HARAKAHDAILY 2/8/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/12263-kit-siang-dan-dap-dipelawa-bertemu-dr-zakir-naik

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

LKS PERLU KELUAR DARI MALAYSIA, BUKAN ZAKIR NAIK

SAYA membaca laporan yang disiarkan oleh MalaysiaKini berhubung persetujuan Lim Kit Siang agar Dr Zakir Naik keluar dari Malaysia secara sukarela demi menjaga keharmonian berbilang kaum negara ini. Lim Kit Siang dikatakan menyatakan pandangannya itu sebagai tanda setuju dengan saranan penulis Anas Zubedy sebelumnya supaya pendakwah bebas antarabangsa itu meninggalkan […]

Subscribe US Now