Kokurikulum renang perlu patuh syariah

webmaster

KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan dicadang mengambil kira garis panduan Islam dalam usaha memperkenalkan kokurikulum renang tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, program itu perlu diambil kira patuh syariah yang melibatkan pelajar Muslim.

“Kita bersetuju dengan cadangan itu, bagaimanapun garis panduan berlandaskan Islam mesti diambil kira, barulah ada keberkatan,” ujarnya sebagai mengulas cadangan Kementerian Pendidikan akan memperkenalkan kokurikulum terbabit tahun hadapan.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik baru-baru ini dilapor berkata, buat permulaan kokorikulum renang akan diajar di sekolah sebagai persiapan menangani insiden lemas. – HARAKAHDAILY 22/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8474-kokurikulum-renang-perlu-patuh-syariah

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Unit kawalan tangani gejala sosial di kampung

KOTA BHARU: Unit Kawalan dan Keselamatan perlu digerakkan di setiap kampung untuk menangani gejala negatif daripada terus menular. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, unit kawalan itu dapat mengurangkan aktiviti negatif daripada menular. “Sudah ada kampung yang mewujudkan unit tersebut. Namun masih banyak lagi […]

Subscribe US Now