Kolej Kemahiran Wanita Kelantan dibuka 2021

webmaster

KOTA BHARU – Kolej Kemahiran Wanita Kelantan berlandaskan islamik dan patuh syariah bakal dibuka, seawal 2021.

Pengerusi Jawatankuasa, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan, Mumtaz Md Nawi berkata, projek yang terkandung dalam manifesto PAS ketika PRU14 lalu, kini berada di peringkat rangkaan kertas kerja.

Menurutnya, ia merupakan kesinambungan tawaran di peringkat sijil di Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) di 45 Dun seluruh negeri.

“Mengambil kira konsep pengajian seperti di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), kita yakin dapat melahirkan graduan lulusan diploma dalam kepakaran masakan, jahitan, sulaman dan kraftangan.

“Kita pernah buat lawatan ke kolej komuniti dan pusat pengajian di Thailand, hasilnya kolej ini kelak akan mengetengahkan modul terbaik seiring dengan tuntutan agama,” katanya.

Mumtaz berkata, sesuai dengan PPWK yang melepasi usia 13 tahun dan mempunyai lebih 5,000 pelajar mahir dalam bidang berkenaan, pihaknya optimis kolej itu kelak bakal melahirkan graduan di peringkat diploma dan ijazah.- SINAR HARIAN 17/10/2018

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/kolej-kemahiran-wanita-kelantan-dibuka-2021-1.892778

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan siap sedia hadapi musim tengkujuh

KOTA BAHARU – Jawatankuasa Bencana Negeri Kelantan menyediakan 607 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang boleh memuatkan 198,000 mangsa banjir pada musim tengkujuh ini. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kelantan, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal berkata, Pejabat Tanah dan Jajahan dibantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis bersama Jabatan Bomba […]

Subscribe US Now