Komitmen Kerajaan Kelantan laksana manifesto

DALAM tempoh hampir 100 hari selepas PRU14, Kerajaan Negeri Kelantan telah berjaya melaksanakan beberapa janji dalam manifesto yang lalu. Antaranya ialah bagi merancakkan lagi sektor pelancongan, Kerajaan Negeri telah berjaya menyediakan beca bermotor sebanyak 10 buah dan sebuah bas untuk para pelancong melawat tempat bersejarah dalam Bandar Kota Bharu.

Kerajaan Negeri juga telah mengaktifkan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan dengan melantik Ketua Pegawai Eksekutif dan kakitangannya bagi menjayakan sektor pertanian negeri. Antara projek yang sudah dijalankan adalah Projek Pertanian Rock Melon bagi menghasilkan jus Rock Melon yang mana jenis buah ini adalah yang terbaik di negara kita.

Program Perternakan Lembu Pedaging juga diberi fokus dengan menghasilkan daging lembu yang dijenamakan sebagai Naimbif. Di samping itu, sektor penanaman padi dan durian kunyit telah berjaya dan sedang dikembangkan dengan lebih pesat.

Bagi penggal ini, Kerajaan Negeri membuat ketetapan supaya apa sahaja program utama Kerajaan Negeri hendaklah dilaksanakan secara bersepadu berasaskan kepada 3 fokus utama untuk dicapai iaitu:-

(a)     Bagi menambah peluang pekerjaan melalui aktiviti ekonomi industri hiliran berasaskan sumber asli serta meningkatkan lagi sektor perkhidmatan dan pertanian.

(b)     Bagi menjayakan Program Kebersihan, Keceriaan Bandar dan Penghijauan.

(c)     Bagi menangani gejala sosial dan aktiviti maksiat.

Walaupun Kerajaan Negeri Kelantan tidak meletakkan tempoh tertentu untuk menunaikan janji manifesto, namun usaha ke arah pelaksanaan janji telah dilaksanakan dengan sebaiknya bagi meneruskan khidmat terbaik demi kesejahteraan rakyat Negeri Kelantan.

YAB USTAZ DATO’ HAJI AHMAD YAKOB
(Dato’ Bentara Kanan)
Menteri Besar Kelantan

4 Zulhijjah 1439H/16 Ogos 2018

https://www.facebook.com/DatoAhmadYakob/posts/869180309938754

 

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment