KONGRES ANAK MUDA KELANTAN CAPAI HASRAT PENGANJURAN

webmaster

KOTA BHARU: YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat mewakili YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan merasmikan Kongres Anak Muda Kelantan 2019 yang diadakan di Dewan Besar Balai Islam, Kompleks Islam Darul Naim, Kota Bharu.

Kongres ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Belia, Sukan & NGO Negeri Kelantan Dengan Kerjasama Gerakan Belia 4B Negeri Kelantan, MAYC Negeri Kelantan & Dewan Usahawan Kelantan (DUKE).

Ia telah menjadi medan menghimpunkan anak anak muda daripada pelbagai segmen, minat dan bidang fokus. Antaranya kumpulan usahawan muda yang aktif dalam menggerakkan ekonomi negeri Kelantan yang mana mereka turut bernaung di bawah MARA, Koperasi Ummah (Ko-Ummah), Perdasama, MIDA dan berbelas belas lagi agensi serta jabatan yang membangunkan belia niaga.

Majlis juga diserikan dengan kehadiran anak anak muda dari kampus tempatan, pelajar tahfiz, lepasan SPM dan STPM yang hadir bagi mendengar pengalaman daripada pihak panel yang lebih berpengalaman dan ia mampu membantu mereka merangka masa depan masing masing.

Lebih 600 orang yang hadir memberikan fokus kepada semua sesi yang diadakan sejak pagi sehingga petang. Perkongsian yang diberikan oleh wakil GPMS, Ko-Ummah, Pengasas Eskayvie, Pengarah MARA Negeri, Ahli Parlimen Pasir Mas dan Adun Galas semua dicermati oleh anak anak muda ini.

Resolusi kongres disampaikan oleh wakil peserta kepada Kerajaan Negeri yang mana menjadi intipati utama perbincangan dan pandangan pihak NGO dalam membangunkan sektor belia dan keusahawanan di Kelantan.

Amanat Menteri Besar yang disampaikan oleh Exco Anak Muda Kelantan, Yb Ust Wan Roslan Wan Hamat dilihat menjadi pegangan para peserta yang mana rata rata selepas berakhirnya kongress menyatakan rasa puas hati mereka atas penganjuran program berkenaan.- 24 Rabiul Akhir 1441H / 21 Disember 2019

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

MPKK: PERLU PENJELASAN RASMI KEMENTERIAN

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memohon penjelasan rasmi berhubung status Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di negeri itu. Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, kerajaan negeri telah menghantar surat kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) berkaitan perkara itu. Katanya, kerajaan negeri mahu penjelasan secara rasmi berhubung perkara itu. Silakan […]

Subscribe US Now