Kongres Rakyat Kelantan jadi model

webmaster

KOTA BHARU: Kongres Rakyat Kelantan mencatat sejarah apabila peserta memenuhi Dewan Kovensyen Kelantan Trade Centre hari ini.

Pengerusi Kongres Rakyat Nasional Mohd Azmi Abdul Hamid berkata nampak kesungguhan Kongres Rakyat di Kelantan dari persiapan yang dijalankan.

Katanya resolusi Kongres Rakyat boleh didengari atau tidak oleh kerajaan.

“Namun di Kelantan ada kelainan apabila dilibatkan sendiri kerajaan negeri dalam kongres ini.

“Kongres Rakyat di Kelantan boleh jadi model kepada negeri-negeri lain,” katanya pada ucaptama di Kongres Rakyat Kelantan.

Sehingga sekarang lapan Kongres Rakyat diadakan sejak kongres peringkat nasional dianjurkan di Shah Alam pada akhir 2015.

Hanya Pahang, Melaka dan Sarawak yang belum menganjurkan Kongres Rakyat sehingga sekarang.

Mohd Azmi juga berkata resolusi Kongres Rakyat boleh menjadi dasar bertindak kepada semua pihak termasuk juga kerajaan.

Menurutnya suara sanubari rakyat boleh menjadi batin kepada pemimpin untuk bertindak.

Pengarah Kongres Rakyat Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata suara rakyat boleh menjadi formulasi bertindak kepada kerajaan negeri.

Kongres tersebut turut disertai 50 NGO dan wakil agensi kerajaan serta wakil rakyat. – HARAKAHDAILY 29/12/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan teliti usul Kongres Rakyat

KOTA BHARU: Menteri Besar menyifatkan resolusi Kongres Rakyat Kelantan memberi cadangan yang begitu penting bagi memperkemaskan lagi pentadbiran kerajaan negeri. Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri mengambil kira semua pandangan dilontar pembentang dan pembahas pada kongres tersebut. Katanya segala cadangan itu akan dilihat berdasar kepada kesesuaian peraturan […]

Subscribe US Now