Konvensyen Al-Quran Antarabangsa Himpun Peserta Dari Pelbagai Negara

webmaster

 

KOTA BHARU– YAB Ustaz Dato’ Ahmad bin Yakob (Dato’ Bentara Kanan) MB Kelantan hadir merasmikan Konvensyen Al-Quran Al-Karim Peringkat Antarabangsa 1440/2019. Pertubuhan Akademi Al-Quran Bandar Raya Islam yang telah menjadi perancang utama konvensyen ini dengan kerjasama JAHEAIK, YIK, MAIK, MPKB-BRI serta para asatizah dan qari-qari yang telah dijemput khas dari dalam dan luar negara bagi berkongsi ilmu dalam Konvensyen ini. Khususnya Syeikhul Qurra’ Profesor Dr. Ahmad Isa Al-Miksarawi.

Konvensyen pada tahun ini merupakan kesinambungan daripada seminar tahun lalu. Pada Mei 2018 tahun lalu Akademi Al-Quran MPKB-BRI telah berjaya menganjurkan Seminar Al-Quran Al-Karim peringkat Antarabangsa. Alhamdulillah, sekali lagi kita dapat menjemput Fadhilatus Syeikhul Qurra’, Dr. Ahmad Isa Al-Miksarawi sebagai pengisi bagi slot Syarah Matan Jazariah dan beliau akan menganugerahkan sanad Ijazah kepada seluruh peserta yang berjaya mengikuti pengisian bersama beliau di dalam seminar ini.

Selain itu, akan diadakan daurah Ilmu Tarannum oleh Syeikh Yasir As-Syarqawi, juga persembahan oleh qari Tilawah Al-Quran kebangsaan dan antarabangsa. Ini adalah satu acara yang berbeza daripada majlis tilawah al-Quran yang biasa dianjurkan saban tahun. Semoga konvensyen ini dapat membuka ruang dan peluang yang lebih luas bagi seluruh lapisan masyarakat memperoleh ilmu Al-Quran secara langsung daripada Syeikhul Qurra’ yang dijemput peringkat antarabangsa.

Peserta konvensyen ini sebahagian besarnya dihadiri oleh pegawai-pegawai agama, Para Imam dan pegawai tadbir masjid-masjid. Pensyarah dan pelajar bidang Al-Quran atau Pengajian Islam. Juga individu-individu perseorangan atau berkumpulan daripada Malaysia, Brunei, Indonesia, Thailand, Singapura, Kemboja, Pakistan dan lain-lain lagi.

YAB Dato’ MB Kelantan mengucapkan selamat datang dan berterima kasih kepada semua peserta yang datang dari jauh kerana sudi berziarah ke Negeri Kelantan Darul Naim. Semoga semua tetamu akan mendapat pengalaman yang berharga sepanjang berada di sini.- FB DATO’ AHMAD YAKOB 23/4/2019

Sumber: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1008476099342507&type=3

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

KALA FEST 2019 Perkasakan Peranan Usahawan Kelantan

KOTA BHARU– Kelantan Authentic Lifestyle and Arts atau dikenali sebagai KALA, merupakan trade mark bagi program-program promosi dan keusahawanan di bawah kelolaan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Usaha di bawah bumbung jenama KALA ini akan menjadi pemangkin kepada usaha memajukan usahawan Kelantan untuk terus berusaha memajukan diri bagi mencapai […]

Subscribe US Now