Koperasi Rakyat Kelantan agih dividen 10 peratus

webmaster

SEBANYAK RM494,532.90 dividen telah dikeluarkan oleh Koperasi Rakyat Kelantan Berhad.

Dividen itu diagihkan kepada 1,333 orang anggota koperasi kali ke-enam itu.

Pengerusi koperasi berkenaan, Sabri Abdullah berkata, ahli koperasi memperoleh dividen sebanyak 10 peratus atas modal syer.

Katanya, pada masa yang sama 9 peratus atas pelaburan diberikan kepada anggota yang layak.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-6 semalam.Mesyuarat agung berkenaan dirasmikan Anggota Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Hussin.

Sabri seterusnya berkata, antara punca pembayaran dividen paling tinggi sejak sejarah penubuhan koperasi itu kerana keuntungan operasi Ar-Rahn.

“Sehingga Julai 2017, dengan pelaburan sebanyak RM6.545 juta, keuntungan daripada kolaborasi di Ar-Rahn Rantau Panjang dan Machang begitu tinggi.

“Dengan hasil berkenaan dividen kepada pelabur dapat ditingkatkan,” ujarnya.

Beliau seterusnya memberitahu, motto koperasi ‘Dari Rakyat Kepada Rakyat’ benar-benar menepati hasrat dalam membantu meningkatkan ekonomi masyarakat.

Yang penting, tambahnya diharap anggota koperasi dapat meningkatkan modal syer dan pelaburan masing-masing.

“Pelaburan dari anggota koperasi akan mengembangkan lagi koperasi pada masa hadapan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 19/11/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

CSR lebih penting berbanding ECRL

CADANGAN pembinaan jalan raya Kota Bharu – Simpang Pelangai, Pahang dirancang kerajaan pusat sejak 1986 namun hanya pada 2012 baru dikeluarkan tender. Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastuktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad berkata, pembinaan jalan tersebut yang dikenali Central Spine Road (CSR) ditangguh dalam tempoh begitu lama. Katanya hanya […]

Subscribe US Now