KOTA BHARU, PENERBANGAN DOMESTIK PALING SIBUK

webmaster

OLEH ASLANI M

KOTA BHARU: Kelantan dijangka menjadi tumpuan pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, memandangkan program serupa diadakan di Serambi Mekah.

Sekurang-kurangnya 20 peratus daripada 30 juta jumlah pelancong yang disasarkan melawat Malaysia tahun hadapan juga berkunjung ke Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman berkata, kerajaan negeri mensasarkan 5.5 juta pelancong mengunjungi Kelantan tahun hadapan.

Katanya, daripada jumlah itu 30 peratus membabitkan pelancong asing terutamanya dari Eropah.

“Kita menawarkan pelancongan berasaskan keluarga, makanan dan festival sebagai tarikan mengunjungi negeri ini tahun hadapan.

“Pelancong datang bersama keluarga boleh menikmati pelbagai aneka makanan yang jarang ditemui di tempat lain.

“Selain itu kita menyusun lebih 40 program menarik termasuk bertaraf antarabangsa sepanjang tahun 2020,” katanya di sini.

Beliau yakin sasaran jumlah pelancong akan menjadi kenyataan memandangkan sekarang terdapat banyak penerbangan domestik ke Kota Bharu daripada beberapa bandar besar termasuk Kuala Lumpur, Subang, Pulau Pinang, Melaka, Kota Kinabalu dan Kuching.

Malah katanya, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra merupakan lapangan terbang domestik paling sibuk di Malaysia dengan pelepasan lebih 50 penerbangan sehari dari Kota Bharu.

Manakala penerbangan antarabangsa pula tiga kali seminggu dari Singapura menggunakan pesawat tambang murah Scoot.

Md Anizam juga berkata, pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2020 dijangka diadakan pada 25 Oktober bertempat di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad Ke IV.– HARAKAHDAILY 18/9/2019

Sumber: https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/13136-kota-bharu-penerbangan-domestik-paling-sibuk

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PERSIDANGAN DUN BELIA KELANTAN ALA KONGRES

OLEH MUHAMMAD ARIF ISMAIL KOTA BHARU: Sebanyak lima usul bakal dibentang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Belia yang akan diadakan selama dua hari bermula 22 September ini. Pengarah Urusetia Belia dan Sukan (U-Bes) Ustaz Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, bagi penggal pertama sesi kedua tahun ini menjadikan Dun di Kompleks […]

Subscribe US Now