KOTA BHARU TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA

webmaster

OLEH KOSMO ONLINE

KUALA LUMPUR – Bandar Taiping di Perak dan Kota Bahru di Kelantan, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa di Perhimpunan Agung Kesembilan Pertubuhan Promosi Pelancongan bagi bandar-bandar di Asia Pasifik (TPO) yang berlangsung di Busan, Korea.

Datuk Bandar Busan, Oh Keo-don menyampaikan anugerah Kempen Perhubungan Awam Terbaik 2019 kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping Borhan Abdul Halim, manakala Pengarah Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kota Bahru (MPKB) Azman Mohd. Daham menerima anugerah Pengurus Destinasi Terbaik 2019 bagi pihak MPKB.

Kenyataan dari Tourism Malaysia seterusnya memberitahu bahawa Borhan dipilih sebagai Presiden Bersama TPO 2020-2021.

Lebih 700 orang, termasuk Datuk Bandar, pegawai-pegawai pelancongan, ahli akademik, dan promoter kebudayaan dan kesenian, dari 85 bandar di 15 negara, menghadiri acara TPO kali ini yang berlangsung dari 25 hingga 28 September dengan tema ‘Common Prosperity in Tourism Through Open Partnership’.

TPO ditubuhkan khusus bagi mempromosi pelancongan di bandar-bandar di Asia Pasifik. – BERNAMA 1/10/2019

Sumber: https://www.kosmo.com.my/negara/bandar-taiping-kota-bharu-terima-pengiktirafan-antarabangsa-1.979914

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

ISU TEBANG POKOK GETAH

Laporan Sinar Harian berkaitan “348 peserta Felcra Bukit Tandak, Rantau Panjang yang mendakwa memiliki 689 hektar tanaman getah dan “ditebang” Kerajaan Kelantan”. Asas perkaranya bagaimana? 1. Pembantah (peserta Felcra) telah bawa kes ini sehingga peringkat Mahkamah Persekutuan, dan kalah. 2. Tanah itu diteroka oleh Felcra secara ‘haram’. Sebelum tahun 1990-an, […]

Subscribe US Now