KRAFTANGAN KELANTAN CATAT JUALAN 18 JUTA DALAM MASA 6 BULAN

webmaster

KOTA BHARU – Pada sesi lawatan Timbalan Menteri Besar, YB Dato’ Mohd Amar Abdullah dan rombongan ke Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan hari ini, beliau bersama rombongan telah dibawa melawat antaranya Galeri Warisan, Makmal Ujimutu Batik, Demonstrasi Kraf-Padai Besi dan Galeri Evolusi Batik.

Pada sesi demonstrasi kraf, dua orang Adiguru Kraf iaitu Che Isa Samat (Serunai) dan Che Mud Che Awang (Jebak Puyuh) menampilkan kreativiti mereka dalam mengukir barangan kraf masing-masing.

Selain itu, rombongan juga dibawa melawat ke Bengkel Batik Skrin (Demonstrasi Batik Skrin-Mesin Skrin), Bengkel Batik dan Bengkel Inkubator Batik.

Turut mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, YB Mejar (B) Dato’ Md. Anizam Ab. Rahman, Timbalan Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, YB Dato’ Haji Hassan Mohamood dan Pengarah Muzium Negeri, Ahmad Shargowi Derahman.

Pada sesi taklimat sebelumnya yang disampaikan oleh Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan, Nor Azmi Ismail, antara perkara yang dijelaskan adalah tentang Percapaian KPI Keseluruhan Cawangan Kelantan pada tahun 2020 sehingga 30 Jun 2020 dengan nilai jualan sebanyak RM 18,230,731.78 (79.3 peratus) yang mana sasarannya sebanyak RM 23,000,000,00 membabitkan 530 usahawan (96.4 peratus) daripada sasaran 550 usahawan dengan bilangan tenaga kerja seramai 2,664 orang (98.6 peratus) daripada sasaran 2,700 orang.

Selain itu, beliau turut menjelaskan tentang program satu daerah satu industri produk kraf yang sudah membabitkan beberapa daerah di Kelantan seperti Kraf Batik (Kota Bharu), Kraf Tenunan (Kampung Penambang, Kota Bharu), Kraf Perak (Kampung Morak, Tumpat).

Kraf Anyaman Rotan (Kampung Gelas Mas, Pasir Mas), Kraf Anyaman Buluh (Kampung Jal, Tumpat), Kraf Pandai Besi (Kampung Perangkap, Pasir Mas), Anyaman Mengkuang (Kampung Bukit Tanah, Pasir Puteh) dan Kraf Ukiran Kayu (Kampung Panjang, Banggu, Kota Bharu).

 

 

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

CEGAH DENGGI: SEMUA PIHAK MESTI BEKERJASAMA BASMI TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

KOTA BHARU: Semua pihak terutama pimpinan masyarakat dan komuniti mesti bekerjasama dalam mencegah penularan wabak denggi dengan cara membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Kelantan YB. Dr Izani bin Husin berkata, masyarakat masih lagi menganggap bahawa wabak denggi sebagai penyakit biasa sedangkan ia […]

Subscribe US Now