KREATIVITI GURU TADIKA DIPUJI

webmaster

oleh Norzana Razaly

Saban tahun, 8 Mac diraikan sebagai Hari Wanita Sedunia. Selain ibu, para guru selaku wanita pertama yang mendidik kita secara formal adalah antara insan teristimewa dalam diari kehidupan setelah dewasa.

Pengarang mengambil peluang merakam detik manis 17 guru Tadika Tengku Anis 1 (TTA) yang kreatif mencipta momen indah pada tanggal 1 Mac 2021 sebagai pemula sesi persekolahan kepada 173 pelajar di tadika kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan Majlis Agama Islam dan Adat-istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

TTA telah menyewa maskot pelbagai kartun popular masa kini seperti Doraemon, Mickey dan Minney Mouse, Dinosaur dan bermacam-macam watak lagi selama tiga hari berturut-turut untuk menarik perhatian pelajar.

Suasana pagi tadika berprestij yang terletak di Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan meriah dengan aksi spontan maskot menyambut kehadiran anak-anak kecil berbaju seragam ungu di perkarangan TTA. Para pemakai kostum maskot tersebut turut melayan pelajar di sepuluh kelas tadika berkenaan.

Menurut Guru Besar, YM Raja Saedah Raja Hassan, 56, pihak pengurusan TTA amat memahami keadaan semasa pelajar berusia lima dan enam tahun yang terpaksa belajar dalam norma baharu akibat penularan wabak Covid-19. Ibu bapa juga gelisah kerana tidak dapat menghantar anak-anak terus ke kelas atau menunggu mereka sepanjang sesi pembelajaran berlangsung seperti kebiasaan dahulu.

Beliau menambah, aktiviti ini dirancang khas dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk mewarnai hari pada minggu pertama persekolahan setelah sekian lama Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berlangsung.

“Pada hari pertama persekolahan, pastinya murid-murid amat teruja untuk datang ke TTA. Namun, masuk sahaja hari kedua, murid-murid pasti menangis kerana mereka berasa janggal kerana ketiadaan ibu bapa di sisi. Dari situlah tercetus idea pihak sekolah untuk menyewa maskot dengan maksud memujuk dan mendidik-hibur pelajar tersebut”, katanya.

Beliau turut memaklumkan, para guru TTA juga memakai pakaian sedondon dengan tema seragam para pelajar pada hari pertama persekolahan sebagai daya tarikan kepada murid-murid agar mudah mereka membezakan di antara guru dan ibu bapa. Di samping itu, murid-murid senang mengenali lebih dekat guru-guru yang mengajarnya.

“Setiap tahun, berbagai-bagai aktiviti dilakukan mengikut taqwim persekolahan TTA. Disebabkan murid-murid tidak dibenarkan berkumpul, maka aktiviti ini dihadkan di dalam bilik i-play sahaja”, ujarnya sambil mencatat pautan bilik berkenaan https://www.facebook.com/media/set/?set=a.409105252442094.84498294.274787882540499&type=1&locale2=ms_MY dan http://tadikatengkuanis.blogspot.com/ untuk rujukan para ibu-bapa.

Jom kongsikan detik-detik yang paling diingati ketika di alam tadika anda di ruangan komen.- UPKN KELANTAN 8/3/2021

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

USAHAWAN KELANTAN TERIMA BANTUAN NIAGA PKINK

oleh Che Maziah Mat KOTA BHARU: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) terus komited dalam melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) terutamanya membantu peniaga kecil dan sederhana meneruskan serta meningkatkan perniagaan mereka serta menyokong pertumbuhan ekonomi semasa. Bantuan itu membabitkan peralatan dan keperluan perniagaan seperti peti sejuk beku, mesin jahit, […]

Subscribe US Now