Krisis air mampu ditangani berhemah

webmaster

hanifa_karnicalictKOTA BHARU – Permasalahan perkhidmatan bekalan air bersih di negeri ini tidak seteruk seperti yang war-warkan oleh Badan Bertindak Restorasi Air Kelantan (Restorasi).

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hanifa Ahmad berkata, sebaliknya krisis tersebut mampu ditangani dengan berhemah oleh Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Menurutnya, Restorasi sepatutnya lebih sedar bahawa Kelantan bukan satu-satunya negeri berdepan dengan masalah bekalan air bersih malah ada juga negeri lain yang lebih serius sehingga berlaku catuan air.“Aduan ada di mana-mana tetapi sedikit sahaja, sebagai contoh pada tahun lalu ada negeri lain terpaksa buat catuan air dan di Kelantan perkara itu tidak berlaku.

“Sebelum ini Restorasi buat jelajah air keruh di Machang, itu adalah fitnah kerana tidak mungkin daerah itu berlaku air keruh kerana AKSB tidak guna air sungai sebaliknya air bawah tanah. Mereka sengaja gambarkan AKSB tidak betul, jangan politikkan isu ini kerana ia untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Karnival Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan Usahawan Online Kelantan 2016 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengurus Besar Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd, Ridzuan Sidek.

Terdahulu Restorasi memulakan siri jelajah di beberapa daerah menrombakan dibuat dalam pengurusan AKSB yang dilihat kurang berkesan memainkan peranan walaupun penstrukturan semula air sudah dilakukan.

Mengulas lanjut, Hanifa berkata, pihaknya sentiasa bersikap terbuka dan sedia mendengar cadangan daripada semua pihak termasuk Restorasi.

“Tetapi kita tidak akan tunduk kepada desakan Restorasi berhubung rombakan semula pengurusan memandangkan AKSB sudah ada perancangan sendiri,” katanya.

“Kerajaan negeri sudah lama berusaha ke arah itu, malah perjanjian penstrukturan semula bekalan dengan Kerajaan Persekutuan baru-baru ini adalah hasil usaha sejak 2008 lagi,” katanya.

Tambahnya, matlamat utama AKSB selepas migrasi air  memastikan liputan bekalan air dapat disalurkan kepada 85 peratus bekalan air kepada penduduk dalam tempoh tiga dan enam tahun akan datang.

Mengulas mengenai Karnival ICT dan Usahawan Online Kelantan 2016, Hanifa berkata, ia sebahagian daripada pembangunan Sains dan Teknologi (PPST) bertujuan beri pendedahan kepada masyarakat berkenaan perkembangan dan pembangunan sains dan teknologi semasa.

“Kerajaan negeri tahun ini memperuntukkan RM400,000 bagi menjalankan program PPST.

“ICT bukan sahaja boleh dijadikan media penghubung bahkan boleh menjadi sumber pendapatan yang besar dan tanpa had. Kita harap karnival yang akan diadakan pada 27 dan 29 Oktober bertempat di Kelantan Trade Centre (KTC) mendapat sokongan daripada orang ramai ,” katanya.- SINAR HARIAN 18 OKTOBER 2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kursus lanjutan pra-perkahwinan perlu dianjurkan

KOTA BHARU – Kurus lanjutan pra-perkahwinan perlu dianjurkan kepada pasangan muda yang baru berkahwin dan belum lagi berkahwin bagi meningkatkan tahap keimanan mereka dan mendidik anak-anak supaya terus berada dalam landasan Islam dan tidak jauh tersasar. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, pendedahan seumpama ini perlu bagi memastikan golongan […]

Subscribe US Now