Kronologi Isu Kampung Laut, Tumpat (Part 2)

KRONOLOGI ISU KAMPUNG LAUT,TUMPAT (Part 2)

KAMPUNG WARISAN:- SATU PENJELASAN BUAT YANG TERKELIRU

Persepsi & Tanggapan yang Salah Penyebab Kekusutan Penduduk

28 & 29 Mei 2016

Penghulu Kg. Laut, Sdr. Razali telah menghantar surat kepada 13 buah keluarga penghuni rumah yang terlibat dengan pengambilan tanah untuk hadir ke Balai Penggawa di Kg. Laut.

31 Mei 2016

Wakil daripada 13 buah rumah penduduk yang terlibat dengan pengambilan tanah hadir ke majlis penerangan mengenai Projek Kampung Warisan Kg. Laut di Pejabat Penggawa.

Turut serta dalam pertemuan tersebut adalah Dato’ SUK, Dato’ UPEN & Ketua Jajahan Tumpat. Namun YAB Dato’ MB tidak dapat bersama atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Dalam majlis penerangan tersebut, Dato’ SUK memberitahu tanah mereka akan diwartakan sebagai tanah Warisan Negara untuk projek ini.

Sewaktu majlis tersebut berlangsung seorang penduduk melontarkan soalan, “ada atau tidak surau di penempatan baru tu?”. Dato’ SUK menjawab bahawa memang akan disediakan satu lot untuk surau.

Terdapat beberapa persoalan yang berbangkit dan cadangan daripada Tuan Hj Nordin kepada pihak kerajaan, walau bagaimanapun semuanya telah dijelaskan secara terperinci.

Majlis bersurai dan penduduk dapat memahami hasrat kerajaan dengan baik meskipun pada asalnya mereka berkeberatan untuk menerimanya.

14 Julai 2016
9.00 pagi

DialogKgWarisanKgLautOleh sebab munculnya pelbagai persepsi dan andaian terhadap projek Pembangunan Kampung Warisan, maka satu pertemuan telah diadakan di Kg. Laut (Surau Wan Adam).

Antara yang hadir pada pertemuan hari itu:

1. Tuan Hj. Nordin (Ketua Cawangan)

2. YB Zaki Ibrahim (Adun Kelaboran)

3. Ustaz Hushaimi (Pemangku KP PAS Tumpat)

4. Tuan Haji Nawawi Adam

Pertemuan ini dibuat semata mata ingin mendengar luahan penduduk dan mencari jalan penyelesaian. Oleh hal yang demikian tertubuhlah satu Jawatankuasa Bertindak yg diketuai oleh Tuan Hj. Nordin.

Dalam pertemuan tersebut, banyak perkara yang dibangkitkan dan pelbagai tanggapan yang timbul dalam isu ini.

Berikut adalah cadangan dan persoalan yang sempat saya catatkan:

1) “bakpo tok leh kito tambok sungai, 100 kaki ko kito tambok, mace Tesco tambok”

2) “Masjid kg Laut, wat balik, letok di tapok dio balik lah, tapok asal”

3) “Kalau nak buat juga projek ini, buatlah di tanah rizab keretapi”

4) Salah seorang daripada yang hadir menyatakan “…ada satu suara sebut suruh bertindok, tolong! Tu lah ambo, keno kijo pulok. Marin kato ko ore tino ambo, kena kijo hok tok ggaji. Tapi tak po lah, kito wat kijo. Saye berdo-oh ko ore kg. Laut kito nih….”

5) “isu pengambilan tanah belum selesai lagi, selepas itu sampai pula surat untuk digezetkan sebagai laluan pejalan kaki berturapkan bata tapak gajah. Jalan yang sedia ada sudahlah sempit, nanti mesti ada sebahagian daripada rumah terjejas seperti tiang anjung, kerana sekurang-kurangnya 10-15 kaki diperlukan hanya untuk laluan tersebut. Masakan mahu bina laluan itu di tengah rumah?”

6) “….dan kito nok tubuh (jawatankuasa) bagi menyenangkan urusan dengan Dato SS ko, dengan kerajaan ko, jange wi dio ( pihak kerajaan) mari bbisik dengan ore tuh, ore nih, kito terpengaruh dengan bisikan. Biar satu suaro srupo …… sebut tadi, Insyaallah satu suaro kito kemah. Kito tok locoh lah, jange beraso terliur ko pitih (duit) …”

7) “…Tok sepadan Kerajaan dio bayar nih, kalu rumoh batu buleh lah. Kalu rumoh kayu, hok buruk pulok 10 ribu 20 ribu gitu jah dio bayar. Nok wat rumoh, tok leh nok buat rumoh lonih, pasal nok bayar tuke pun 10 ribu 20 ribu doh. Jadi keno pikir panje. Memang Dato SS sebut tanoh dio bagi, tapok rumoh 5000kaki dio bagi, cumo keno buat sendiri, tengoklah sikit lagi. Buleh tengok serupo johor, duk dale khemoh belako. Rumohnyo sodok, rumoh nyo sodok. Tu berlaku di johor. Loni hok jadi tapok Bandar baru iskandar. Pah ko loni, pengambile tok leh ccaro di mahkamah, hanyo MB dan rajo yang buleh membatalkan….”.

8) “….jadi kalu nok bbangun, pindoh habih, pah nok buat ggapo. Untuk sapo dio? untuk pelancong! Jadi, kito tak dok. Ni supo ore buat cerito, menang sorok kapong tergadai. Soroklah, Pembangunan mari kkapong kito, hok kito so habuk pun tak dok. *pindoh habih, pah nok buat gapo*

9) “Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah Tumpat ( JKHET) juga tidak dimaklumkan tentang pengambilan tanah begitu juga taklimat mengenai projek ini (kampung warisan)”

Dalam pertemuan itu juga hadirin bersetuju untuk menjemput wakil rakyat datang dan berbincang dengan penduduk.

Pada akhir majlis tersebut, Tuan Hj Nordin meminta saya selaku Pemangku Ketua Pemuda PAS Kawasan Tumpat untuk memanjangkan perkara ini kepada YAB Dato MB dan mempercepatkan tindakan susulan.

Insya-Allah edisi ke-3 akan menyusul dengan maklumat dan penjelasan yang sebenar dari kerajaan kepada rakyat.

 

Oleh: Mohd Hushaimi Hussian,
Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tumpat

(Visited 21 times, 5 visits today)

Add Comment