Kuala Krai, Mersing catat suhu 37°Celsius

webmaster

Kuala Lumpur: Biarpun negara sudah menerima hujan sejak seminggu lalu, namun dua kawasan di dua negeri masih mencatat suhu tinggi iaitu lebih dari 37 darjah Celsius.

Sumber Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) berkata, dua lokasi itu adalah di Kuala Krai, Kelantan dan Mersing di Johor.

“Penceparan kaji cuaca mendapati setakat jam 2 petang, Kuala Krai mencatat suhu 37.2 darjah Celsius, manakala Mersing pula 37.7 darjah Celsius.

“Suhu dicatat tinggi kerana cuaca di kawasan itu belum lembap sepenuhnya kerana taburan hujan didapati belum menyeluruh di kedua-dua negeri berkenaan,” katanya.

Menurutnya Kota Bharu, Kelantan mencatat bilangan hari tanpa hujan paling lama iaitu 25 hari selain di Pasir Mas selama 15 hari.

“Manakala, di Terengganu pula, daerah Besut juga tidak menerima hujan selama 15 hari serta 10 hari di Hulu Terengganu.

“Di Mersing, Johor dan Bentong, Pahang juga tidak menerima hujan selama 15 hari,” katanya.

Katanya, negara kini berada di fasa peralihan monsun menyebabkan beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung, barat Sabah dan barat serta tengah Sarawak mula menerima hujan.

“Kebanyakan kawasan sudah mengalami penurunan suhu sehingga 2.0 darjah Celsius kerana keadaan cuaca yang lembap.

“Hujan dan ribut petir berlaku pada sebelah petang dan senja menjadikan cuaca lembap serta keadaan ini dijangka mengurangkan kesan suhu panas yang berlaku secara beransur-ansur,” katanya.

Pada masa sama, katanya, fenomena El Nino mulai lemah kesan penurunan suhu di kawasan tropika timur Lautan Pasifik dan dijangka neutral atau tamat Jun ini.

“El Nino yang menurun secara perlahan memberi kesan terhadap keadaan suhu dan dijangka suhu akan kembali normal.

“Buat masa ini, banyak kawasan dalam negara merekodkan suhu maksimum di bawah 35 darjah Celsius manakala penurunan suhu direkodkan sekitar 0.5 sehingga 2.0 darjah Celsius,” katanya.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sultan Selangor cemar duli lawat MB Kelantan

KOTA BHARU – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli menziarahi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di kediaman rasminya di JKR 10, di sini. Turut mengiringi baginda, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan disambut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah. Baginda tiba jam […]

Subscribe US Now