Kualiti UMK asas universiti tersohor – Pemangku Raja Kelantan

webmaster

PEMANGKU Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ke-III menggantikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, hari ini.

Keberangkatan tiba baginda pada jam 11.45 pagi yang diiringi Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dan Naib Canselor UMK, Datuk Dr Mortaza Mohamed.

Watikah Pemasyhuran dibaca oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Baginda bertitah, UMK yang menjangkau usia 10 tahun memberi sumbangan yang amat besar kepada dunia pendidikan negara dan pembangunan sosio ekonomi masyarakat khususnya Kelantan.

“UMK berjaya meletakkan batu asas dan menjamin peningkatan keupayaan dalam hal ehwal akademik, pembangunan graduan yang seimbang dan holistik bercirikan keusahawanan, penyelidikan serta inovasi, perkhidmatan pembangunan masyarakat dan pembangunan wilayah.

“Namun begitu, perjalanan UMK masih jauh untuk meletakkan kedudukannya sebaris universiti tersohor di dalam dan luar negara.

“Beta berharap pada dekad kedua, tumpuan kepada usaha untuk menjamin kualiti dan kecemerlangan dalam semua aspek yang menentukan kekuatan serta penjenamaan UMK,” titah baginda di Majlis Istiadat Pemasyhuran Tuanku Canselor UMK di Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, hari ini.

Baginda bertitah, negara ini dalam era revolusi industri keempat dengan perkembangan teknologi sangat pesat dan berharap UMK tidak ketinggalan dalam melakukan lonjakan dan sedia menyesuaikan diri dengan perubahan global.

“Sebagai sebuah universiti keusahawanan, UMK perlu melipat ganda usaha untuk menjadikan keusahawanan sebagai kekuatan utama bagi universiti.

“UMK perlu mempertingkatkan ekosistem keusahawanan meliputi aspek akademik, penyelidikan dan inovasi serta pembangunan pelajar,” titah baginda. HARIAN METRO 25/9/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Dua lagi tahfiz baharu di Kelantan

KETIKA¬†ada pihak tertentu mendesak kerajaan menutup pusat pengajian tahfiz, namun sebaliknya di Kelantan dua lagi tahfiz baharu akan ditubuh tahun hadapan. Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, pada tahun 2018 kerajaan negeri akan mewujudkan dua lagi pusat pengajian tahfiz. Katanya, pusat tahfiz berkenaan akan ditempatkan di Beta […]

Subscribe US Now