Kutip satu tan sampah

webmaster

KOTA BHARU – Sebanyak satu tan sampah berjaya dikutip dipercayai ditinggalkan pengguna Leburaya Kuala Lipis – Gua Musang ketika waktu berbuka puasa dan sahur sebelum Aidilfitri, baru-baru ini.

Inisiatif tersebut dilakukan oleh Pemuda Pas khususnya Jabatan Amal Malaysia yang mengadakan gotong-royong membersihkan jalan terbabit, semalam.

Bagi tujuan itu, seramai 31 anggota Jabatan Amal Kelantan berpadu tenaga dengan 25 anggota Jabatan Amal Kuala Lipis memulakan operasi khas di Simpang Tiga Kampung Gua, Kuala Lipis, persimpangan keluar Padang Tengku, Kechau Tui, Chegar Perah dan Kampung Kubang Rusa di Pahang.

Pengerusi Lajnah Pekerja, Pengguna dan Alam Sekitar Pemuda Pas, Nazman Che Iberahim berkata, laluan sepanjang lebih 60 kilometer itu menjadi laluan utama perantau pulang ke Kelantan.

“Di saat masih ramai yang beraya dan bergembira bersama keluarga di kampung halaman, anggota Jabatan Amal Malaysia Kelantan dan Jabatan Amal Malaysia Kuala Lipis turun padang bertugas mengutip sampah sepanjang laluan berkenaan.

“Bermula jam 8 pagi hingga 3 petang mereka melupakan seketika kegembiraan beraya di kampung halaman dan terus bertugas dalam operasi khas ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Hadir mengetuai Jabatan Amal Malaysia Negeri Kelantan adalah Tuan Nik Asmawie Nik Abdullah, manakala Jabatan Amal Kuala Lipis diketuai oleh Ahmad Syukri Mohamad.

Isu ini menjadi tular apabila beberapa laman sosial menunjukkan sampah-sarap yang bersepah di sepanjang jalan ini dan netizen mulai mengutuk sikap perantau serta rakyat Kelantan yang menggunakan jalan terbabit.

Nazman yang juga Ketua Penerangan Pemuda Pas negeri berkata, akibat tular, pihak Jabatan Amal  Malaysia bersama dengan Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan  (NGO), Kelantan Care memulakan rancangan untuk menjayakan operasi khas itu dengan menghubungi dan memohon bantuan daripada Jabatan Amal Malaysia Kuala Lipis.

“Harapan kami adalah agar pada masa hadapan, semua lapisan masyarakat dapat mengubah sikap masing-masing serta sama-sama menjaga kebersihan alam sekitar,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Asmawie menafikan perbuatan membuang sampah itu adalah sikap keseluruhan rakyat Kelantan sebaliknya dilakukan oleh segelintir yang tidak bertanggungjawab.

“Kita akan marah kalau dituduh pengotor, sebenarnya ramai lagi rakyat Kelantan yang bukan sifatnya begitu sebagaimana anggota amal kita tunjukkan. Ini adalah sikap segelintir daripada kita,” katanya. [SINAR HARIAN]

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kalau orang Islam dapat, non-Muslim pun boleh

“KALAU orang Melayu yang miskin mendapat bantuan beras percuma, orang Cina, India dan Siam juga diberi bantuan serupa. “Begitu juga rumah dhuafat, dividen bulanan Ladang Rakyat sebanyak RM200 dan takaful Kifaalah RM1,500 juga penduduk non-Muslim dapat. “Ini disebut orang tiada pilih kasih biar pun ditadbir ulama,” kata bekas guru besar Lau […]

Subscribe US Now