Kutipan zakat 2015 meningkat

tech

KOTA BHARU – Trend pembayaran zakat di Kelantan pada tahun ini amat memberangsangkan, kata Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) Datuk Serpudin Mohamad.

Serpudin berkata sejak Januari sehingga awal Mei, kutipan zakat yang diperoleh oleh Maik adalah sebanyak RM55 juta.

“Dalam tempoh sama tahun lepas, kita mendapat RM49 juta. Kita harap trend ini berterusan dan kita percaya sasaran bayaran zakat sebanyak RM160 juta tahun ini akan tercapai,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan BPMB 2014 di sini, semalam.

Serpudin berkata kutipan zakat Maik pada tahun lepas adalah sebanyak RM144 juta.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata pihaknya telah membelanjakan sebanyak RM32 juta wang zakat untuk membantu mangsa serta membaiki masjid yang terjejas akibat banjir pada Disember tahun lepas.

“Bantuan wang tunai sebanyak RM500 diagihkan kepada mangsa banjir dan sebanyak 79 buah masjid yang rosak akibat bencana itu diperbaiki secara berperingkat,” katanya.

Pada majlis itu, Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) menerusi pengerusinya Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah menyerahkan zakat perniagaan bagi Tahun Kewangan 2014 berjumlah lebih RM1 juta kepada Maik.

– Bernama

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Peneroka Felda terharu terima geran tanah dari kerajaan Kelantan

GUA MUSANG – Penantian lebih 30 tahun untuk memiliki geran tanah sendiri bagi peneroka di Felda Chiku 1 dan 2 telah berakhir dengan penyerahan geran tanah oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato Mohd Amar Nik Abdullah semalam. Seramai 107 peneroka dari kedua-dua kawasan Felda tersebut melahirkan rasa gembira di […]

Subscribe US Now