Lagi kisah hidup Tok Guru dibuku

webmaster

BIARPUN lebih dua tahun Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tiada, namun kisah hidupnya tetap menarik perhatian orang ramai.

Hari ini sebuah lagi buku mengenai kisah hidup bekas menteri besar itu dilancarkan.

Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Datuk menyifatkan buku terbaru tulisan Habibul Izzah Ahmad bertajuk ‘Tok Guru, Sebuah Catatan Perjalanan Spiritual’ membantu mengenali Tok Guru Nik Abdul Aziz secara lebih dekat.

Beliau berkata, walaupun tokoh berkenaan sudah tiada, tetapi hasil yang dilakukan penulis buku biografi awal tok guru itu patut dihargai.

Menurutnya, buku setebal 236 muka surat itu merekodkan pengalamannya bersama tokoh ulama berkenaan mengenai amalan mantan menteri besar untuk diikuti semua lapisan masyarakat.

“Buku ini membantu kita untuk mengenali siapa Tok Guru Nik Abdul Aziz, banyak benda yang menjadi teladan dalam buku ini dan ia satu perkara yang patut kita hargai.

“Kandungan buku ini merangkumi semua aspek kehidupan daripada kekeluargaan, perubatan dan sebagainya yang disampaikan dalam bentuk kreatif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan buku berkenaan selepas menyampaikan tazkirah mingguan di Medan Ilmu Jalan Dato’ Pati, Kota Bharu.

Buku itu dijual di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri di Jalan Dato Pati pada harga RM35 hari ini sahaja, harga sebenar RM40.

Walaupun ia merupakan pengalaman peribadi Habibul Izzah, bagaimana seorang ulama menyantuni beliau secara tidak langsung menerusi perbualan, perbincangan dan kata-kata hikmah.

Menurutnya, semua kaedah berkenaan dilakukan dalam tempoh masa panjang bermula dengan kerja penyelidikan serta penulisan semula buku biografi awal tok guru.

Buku tersebut merupakan hasil tesisnya di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya sehingga beliau ditawarkan bertugas sebagai Penolong Pengarah R&D di Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG).

Setahun berada di IPTG, bermula 1 Disember 2013 hingga 30 Disember 2014 memberi kesan sangat besar terhadap beliau sebagai seorang yang sedang mencari sesuatu dalam hidupnya. – HARAKAHDAILY 26/5/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Malam 1 Ramadan di Kota Bharu seperti raya

MALAM 1 Ramadan di Kota Bharu seumpama menjelang sambutan raya, apabila kenderaan bertali arus ke pusat bandar. Tempat tumpuan di Madinah Ramadan di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV dan Masjid Muhammadi. Khemah besar di Madinah Ramadan penuh dengan kehadiran orang ramai. Lengkap dengan landskap kolam takungan air dan pokok […]

Subscribe US Now