TUMPAT – Laluan sehala sementara dikuatkuasakan jam 12 malam ini bagi melancarkan aliran trafik di bulatan Wakaf Bharu-Kota Bharu.
Perubahan laluan itu melibatkan jambatan lintasan rel keretapi di Wakaf Bharu akan dijadikan sehala daripada Tumpat /Pengkalan Kubur ke Bulatan Pasir Pekan.
Kedua dua lorong akan dibuka menghala ke Bulatan Pasir Pekan.
Manakala lampu isyarat Dusun Langgar akan dimatikan sementara dan jalan itu akan dijadikan sehala menghala ke pekan Wakaf Bharu.
Pusingan kanan ke Perabut Sayang ditutup.
Kemasukan ke jalan tepi Masjid Al Ismaili, Pasir Pekan akan ditutup, pengguna boleh menggunakan laluan masuk melalui stesen minyak Petron.
Yang Dipertua Majlis Daerah Tumpat (MDT), Rosnazli Amin berkata, MDT akan melakukan perubahan hala jalan serta lencongan bermula jam 12 malam ini sehingga 11 Julai nanti.
“Tindakan yang dilakukan ini adalah bagi menyuraikan aliran trafik yang dijangkankan bertambah semasa kepulangan anak-anak perantau ke Tumpat , semasa hari perayaan dan juga semasa anak-anak perantau daripada Tumpat yang akan bertolak balik ke destinasi masing -masing,” katanya pada Sinar Harian.
Menurutnya, Kerjasaama semua pengguna jalan raya amatlah diharapkan bagi mematuhi papan pana tanda serta arahan anggota trafik dan angota penguatkuasa MDT.
“Pengguna jalan raya memandu dengan cermat, berhemah dan sabar bagi menggelakkan kemalangan yang akan menyebabkan kesesakan bertambah teruk,” katanya.