TUMPAT – Laman Warisan Kampung Laut akan menjadi lokasi Perkampungan Ramadan diisi dengan pelbagai program bermanfaat berbentuk kerohanian sepanjang sebulan ini.
Menteri Besar YAB Ustaz Dato’ Ahmad Yakob dalam ucapannya berkata Laman Warisan Kampung boleh dijadikan sebagai tempat kepada aktiviti-aktiviti yang berkaitan ibadah kerohanian selain dapat berperanan sebagai pusat sosial setempat, katanya pada Majlis Perasmian Perkampungan Ramadan 1444H/2023 yang diadakan di Perkarangan Masjid Kampung Laut, semalam.
Pada majlis tersebut turut diadakan penyampaian sumbangan kepada Tabung Kebajikan Masjid Warisan Kampung Laut bernilai RM 15,000. Turut hadir, ADUN Wakaf Bharu YB Rusli Abdullah, ADUN Kelaboran YB Mohd Adanan Hassan dan jemputan daripada rakyat sekitar.
#ViraliyatBerita1ptg