LANTIKAN WAKIL KERAJAAN NEGERI SEBAGAI ALP KADA, PECAH TRADISI

webmaster

oleh Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM – Kerajaan Negeri Kelantan semakin memperkemaskan pentadbiran negeri selari dengan arus perdana dari masa ke semasa.

Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar, YB Ustaz Haji Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail sebagai Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) membuktikan kemantapan kerjasama di antara pihak kerajaan persekutuan dan negeri demi semangat federalisme.

Surat pelantikan tersebut diserahkan oleh Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), YBhg Datuk Kamarudin Md Nor kepada YB Exco berserta surat jemputan ke Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah KADA Bil 2/2020 pada 13 Ogos ini di MABNA, petang tadi.

YB Mohd Saripudin menzahirkan kesyukuran dan terima kasih di atas kunjungan hormat pihak KADA dan lantikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Beliau menyifatkan pelantikan yang termaktub di dalam perkara 5 (1) (g) Akta 69 Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu 1972 itu sebagai pecah tradisi kerana julung kalinya ALP KADA dilantik daripada wakil Kerajaan Negeri Kelantan selepas 40 tahun.

“Pelantikan ini diharapkan dapat melincinkan urusan pembangunan pertanian khususnya tanaman padi di antara pihak Kerajaan Negeri dan persekutuan.

Kemudahan infrastruktur tanaman padi, pendidikan pertanian dan kebajikan pesawah juga dapat disalurkan dengan sebaiknya”, ujarnya.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

KEBUDAYAAN MELAYU MESTI BERTERASKAN SYARIAT ISLAM

  KOTA BHARU – Negeri Kelantan terkenal sebagai sebuah negeri yang kaya dengan seni budaya tempatan yang berteraskan syariat Islam. Timbalan Menteri Besar, YB Dato’ Mohd. Amar Abdullah berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan (MKNK) Kali Ke 28 di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim semalam. […]

Subscribe US Now