Laporan agensi tiada pencemaran di Kuala Koh

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan berpuas hati terhadap laporan beberapa agensi kerajaan berkaitan isu Orang Asli di Kuala Koh, Gua Musang.

Air mineral dibekalkan NGO kepada penduduk Orang Asli.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, laporan awal agensi terbabit menjelaskan kematian yang berlaku bukan disebabkan perlombongan dan pencemaran air.

Sedangkan katanya selama ini ada pihak menuduh macam-macam mengenai kes Orang Asli itu antaranya kerana perlombongan.

“Alhamdulillah setakat ini jawapan diberikan pihak yang terbabit sudah jelas ia tidak bersangkut paut dengan perlombongan dan pencemaran air,” katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Darulnaim hari ini.

Baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P Waytha Moorthy mendakwa kematian 13 penduduk Orang Asli di Kuala Koh disebabkan radang paru-paru.

Manakala Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dilapor berkata, mustahil kerajaan negeri tidak mengetahui terdapat perlombongan bijih besi berhampiran penempatan penduduk Orang Asli di Kuala Koh.

Mohd Amar juga berkata, pada mesyuarat exco tersebut pihaknya turut dibentangkan maklumat berkenaan keadaan semasa di perkampungan Orang Asli itu.

“Apa yang dibentangkan lebih kurang seperti yang dilaporkan di akhbar sebab maklumat diperoleh daripada Jabatan Kesihatan, polis dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA),” ujarnya.

Menurutnya juga kerajaan negeri berusaha menyediakan bekalan air bersih kepada penduduk Orang Asli Kuala Koh, biarpun sumber air di kawasan itu disahkan selamat. – HARAKAHDAILY 12/6/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/11450-laporan-agensi-tiada-pencemaran-di-kuala-koh

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment