Laungan ‘Bangkit Ummah’ bergema semula

webmaster

MACHANG: Laungan ‘Hancur Hancur, Hancur Kuffar, Hidup Hidup, Hidup Islam, Bangkit Bangkit, Bangkit Ummah! kedengaran sehingga ke pinggir bandar.

Anak-anak muda memenuhi perkarangan Masjid Bandar MachangRibuan jemaah Masjid Sultan Yahya Petra berhimpun seketika seusai mengerjakan solat Jumaat. Malah ramai berada di tepi jalan bagi mengikut himpunan tersebut.

Tanpa mengira usia mereka kelihatan bersemangat bagi mepertahan Islam ketika ada pihak mempersendakan Nabi Muhammad SAW.

Lebih mengaibkan lagi perlakuan itu dilakukan bukan Melayu, yang semakin menjadi-jadi sekarang.

Anggota Jabatan Amal bekerja keras bagi mengawal lalu lintas. Perhimpunan tersebut dianjurkan Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Pelbagai sepanduk mempamerkan kemarahan mereka terhadap pihak yang cuba mencetuskan suasana tidak tenteram dalam negara.

Ketua Penerangan Nazman Che Iberahim berkata rakyat Kelantan akan terus menjadi benteng mempertahankan kesucian Islam dan ketinggian Nabi Muhammad SAW.

“Umat Islam tidak mampu lagi bersabar dengan tindak tanduk sesetengah pihak yang cuba mempersendakan Islam. Malangnya kita tidak mendengar penegasan kerajaan dalam isu ini,” katanya di sini.

Kebanyakan masjid di Kelantan mengetengahkan khutbah berkisar kisah kemuliaan Rasulullah SAW, ketika ada pihak mempersendakan baginda. – HARAKAHDAILY 1/3/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/9959-laungan-bangkit-ummah-bergema-semula

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Ribuan rakyat berhimpun bantah hina Islam

KOTA BHARU: Biarpun Eropah negara minoriti umat Islam, namun hukuman berat dikenakan terhadap mereka yang didapati menghina Nabi Muhammad SAW. Begitu juga pernah berlaku di Denmark di mana pemimpin negara itu berdepan kebangkitan rakyat Muslim membantah tindakan seorang penduduk menghina Islam. Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mohd Asri Mat […]

Subscribe US Now