Lawatan Kerja ke Tapak Pembinaan Fly Over di Bandar Tanah Merah

webmaster

TANAH MERAH: YB Sr Haji Azami bin Mohd Nor, Exco Kerjaraya , Infrastruktur dan Utiliti Negeri Kelantan mendengar taklimat dan mengadakan perbincangan bersama pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia berkenaan pembinaan fly over di Bandar Tanah Merah.

Dengan keadaan Bandar Tanah Merah yang semakin pesat membangun, pembinaan fly over yang terletak di persimpangan laluan Jalan Pasir Mas – Tanah Merah ini amat diperlukan kerana dapat mengurangkan kesesakan lalulintas, penguraian trafik dan memudahkan laluan bagi mereka yang ingin menuju ke Machang dan Jeli tanpa melalui Bandar Tanah Merah. Pembinaan ini dijangka siap sepenuhnya pada suku ketiga tahun 2019.

Turut hadir pada pagi semalam, YB Mejar (B) Hj Md Anizam (Exco/ ADUN Kemahang), YB Hj Abdul Rahman (Timbalan Exco), YB Dato’ Hj Ab Fatah (Timb. Speaker/ ADUN Bukit Panau), Dato’ Pengarah JKR Negeri, Pengurus Besar Kanan Pembinaan Zon Timur 1 JKR Malaysia, Wakil Ketua Jajahan Tanah Merah dan Jurutera Jajahan.- FB YB SR. HAJI AZAMI MOHD NOR 16/10/2018

https://www.facebook.com/azamimnor/posts/1168881669928538

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Projek laluan bertingkat siap lebih awal

TANAH MERAH: Projek pembinaan persimpangan bertingkat di pusat bandar Tanah Merah dijangka siap lebih awal. Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utiliti negeri, Azami Mohd Nor berkata, projek yang bernilai RM153 juta itu berjalan lancar. Silakan share jika bermanfaat....Facebook0TwitterPrint

Subscribe US Now