Lebih 2,000 anak muda berhimpun pertahan Kelantan

KOTA BHARU: Lebih 2,000 anak muda berhimpun bagi mempertahankan kerajaan Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 tidak lama lagi.

Usaha tersebut diterjemahkan pada Himpunan Jentera Pilihan raya Pemuda PAS Negeri Kelantan (Himpak) yang diadakan Pusat Tariyah Islam Kelantan (Putik) semalam.

Ia dirasmikan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Program sehari itu diadakan bagi memperkemaskan jentera Pemuda PAS bagi menghadapi PRU ke-14 yang dijangka diadakan akhir tahun ini.

Program dimulakan solat sunat dhuha dan solat hajat secara berjemaah yang dipimpin oleh ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Fattah Jaafar.

Sejurus selepas itu, Kuliah Haraki oleh Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim sebelum berehat serta bersarapan.

Pada majlis itu juga, Pengerusi Lajnah Pemerkasaan Parti, PAS Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood melancarkan Syabab Charity sebagai persediaan menghadapi pilihan raya.

Kemuncaknya, Forum Pemuda Himpak membariskan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Arif Abdullah. – HARAKAHDAILY 5/2/2017

(Visited 1 times, 1 visits today)

Add Comment