LEBIH 2,000 SERTAI HARI ASSABIQUN MALAYSIA

webmaster

OLEH ASLANI M

KOTA BHARU: Lebih 2,000 anggota Assabiqun dari seluruh negara berhimpun di Dewan Majlis Ketereh Perbandaran Islam hari ini bagi menyertai Hari Assabiqun Malaysia.

Mereka yang pernah menjadi pemimpin PAS sebelum ini termasuk bekas wakil rakyat kelihatan hadir.

Dewan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam penuh sesak sehingga melimpah ke luar dewan. Kenderaan memenuhi segenap kawasan termasuk padang bola.

Pengerusi Assabiqun Kelantan, Dato’ Abdullah Yakob berkata, ramai veteran PAS yang hadir bagi berkongsi pengalaman, susur perjuangan mereka sebelum ini.

“Semua kawasan di Malaysia boleh dikatakan sudah dilancar Assabiqun yang menjadi perantaraan kepada pemimpin sekarang.

“Orang lama berjuang dengan dengan susah payah sehingga PAS ada hari ini. Orang baru tidak memiliki pengalaman seperti mereka,” katanya ketika berucap pada program itu.

Hadir sama Setiausaha Agung PAS Dato’ Takiyuddin Hassan, Pengerusi Sidang Assabiqun Pusat, Haji Subky Latif, bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman, Dr Daeng Sanusi Mariok dan anggota anggota Exco kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 5/10/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita/13482-lebih-2-000-sertai-hari-assabiqun-malaysia

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PERNAH DIKEPUNG PEMUDA TAHAN LASAK

OLEH ASLANI M KOTA BHARU: Bukan mudah untuk PAS bangkit seperti yang ada sekarang, berdepan tribulasi perjuangan tidak sedikit. Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman berkata, pernah ketika hadir berceramah, terpaksa membawa gergaji. Katanya, gergaji digunakan untuk memotong batang pokok yang ditebang Pemuda Tahan Lasak Umno. […]

Subscribe US Now