Lebih 4,000 hartanah sempena Mapex 2019

webmaster

KOTA BHARU: Orang Melayu bukan anak Kelantan berpeluang memiliki hartanah di negeri ini sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Pengerusi Penganjur Pameran Hartanah Malaysia (Mapex) 2019 Kelantan Dato’ Samsuri Awang Mat berkata, kemudahan itu boleh diperolehi menerusi ekspo Mapex.

Ekspo berkenaan akan diadakan 28 hingga 30 Mac ini bertempat di ruang legar KB Mall, Kota Bharu.

Katanya, bukan anak Kelantan tidak perlu mendapat kelulusan Exco kerajaan negeri bagi memiliki rumah di negeri tersebut sebagaimana lazimnya.

“Syarat yang ditetapkan seperti berkahwin dengan orang peranakan Kelantan atau bekerja dengan kerajaan atau agensi kerajaan di negeri tersebut.

“Atau ada pertalian mengikut waris terdekat sebagaimana Pekeliling PTG 4/94 dengan orang peranakan Kelantan,” katanya di sini.

Menurutnya kerajaan negeri memberi kelonggaran tersebut. Insentif lain juga disediakan kepada pembeli rumah kali pertama iaitu pengecualian bayaran pindah milik pertama.

Pameran tersebut dijangka dirasmikan Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob.

Samsuri yang juga Timbalan Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Kelantan berkata, tahun ini Mapex Kelantan digabungkan dengan Home Ownership Campaign (HOC) 2019.

Katanya, sehingga sekarang 17 pemaju berlesen mengesahkan penyertaan yang menawarkan lebih 4,000 hartanah pelbagai jenis.

Pameran tersebut juga merupakan platform bakal pembeli menemui pemaju, pembiaya dan pakar-pakar hartanah. – HARAKAHDAILY 11/3/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10133-lebih-4-000-hartanah-sempena-mapex-2019

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Berapa pelaburan Akaun Amanah Kebankrapan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) menyatakan berapakah jumlah pelaburan mengikut pecahan tahun yang dibuat terhadap Akaun Amanah Estate Kebankrapan di bawah Jabatan Insolvensi Malaysia bagi tahun 2015 hingga 2018. Beliau turut mempersoalkan berapakah jumlah keuntungan yang diterima daripada […]

Subscribe US Now