Lebih 5,000 Hadiri Sambutan Hari Raya Kumpulan PKINK

webmaster

KOTA BHARU– Majlis Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) di Perdana Resort di sini semalam meriah dengan kehadiran lebih 5,000 orang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato’ Dr Wan Zawawi Wan Ismail berkata, sambutan tersebut diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan di antara Kumpulan PKINK dan rakyat selain menghargai rakyat dan pihak yang terlibat atas sokongan kepada Kumpulan PKINK dalam memacu ekonomi negeri.

“Memang setiap tahun kita adakan sambutan hari raya tapi melihat pada sambutan tahun-tahun lalu begitu meriah jadi kita tambahkan lagi menu untuk tetamu yang hadir selain jemputan lebih meluas.

“Dengan sambutan yang begitu meriah ini, ia menunjukkan rakyat dan PKINK saling melengkapi dan tanda sokongan yang penuh pada Kumpulan PKINK,” katanya.

Wan Zawawi berkata, dengan sokongan yang diberikan oleh rakyat, Kumpulan PKINK akan terus komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka.

“Kita juga berharap agar majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala pada masa akan datang,” katanya lagi kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan hari raya di sini semalam.

Turut memeriahkan majlis, Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yakob dan Speaker Dewan Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Abdullah Yaakub.

Jemaah Exco, Ahli Parlimen, Ahli Lembaga Pengarah serta Ketua Jabatan antara kenamaan yang turut hadir menyerikan majlis tersebut.

Wan Zawawi bersama tetamu kenamaan turut meluangkan masa melawat gerai-gerai makanan yang menghidangkan pelbagai juadah popular seperti kambing golek, sate, roti jala, char kuew tiaw, ketupat, lemang, rendang, rojak buah dan cendol pulut tapai.

Selain itu, Isteri Menteri Besar, Datin Siti Zubaidah Abdul Hamid diiringi isteri Dato’ Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Datin Robiah Omar turut menyampaikan duit raya kepada 80 kanak-kanak yang hadir pada majlis tersebut. PKINK 3/7/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tarif elektrik naik tambah beban rakyat

KENAIKAN tarif elektrik yang berlaku, tanpa dapat diatasi oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah sangat mendukacitakan. Padahal ‘Kurangkan Beban Rakyat’ adalah antara janji utama PH. Telah hampir 100 hari Malaysia di bawah PH, namun rakyat masih belum benar-benar merasai penurunan harga barangan sekalipun GST sifar diumumkan. Lebih mencemaskan adalah kegagalan kerajaan […]

Subscribe US Now