Lebih 80 peneroka di Chalil keluar Umno

webmaster

GUA MUSANG: Lebih 80 peneroka di Kesedar Chalil tidak mengendahkan pujukan pemimpin Umno bagi menentukan haluan baru perjuangan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.

Ada kalangan mereka yang hampir 20 tahun bersama Umno, namun bertindak nekad meninggalkan perjuangan lama yang tidak serasi lagi dengan kehidupan sekarang.

Yang Dipertua PAS Gua Musang Azman Ahmad berkata kumpulan peneroka terbabit sebahagian besar wanita tetap tidak menghiraukan pujukan pemimpin Umno.

Katanya kumpulan peneroka terbabit didatangi pemimpin Umno menanyakan mengapa mahu meninggalkan parti itu.

“Alhamdulillah mereka sudah mengisi borang bagi menyertai PAS beramai-ramai. Kita akan adakan majlis penyerahan borang di Chalil tidak lama lagi,” katanya di sini.

Azman berkata penyertaan beramai-ramai tersebut diketuai bekas ketua wanita Cawangan Umno di Chalil.

Katanya juga Chalil merupakan kubu Umno sejak dahulu lagi dan sukar ditembusi PAS pada pilihan raya sebelum ini. – HARAKAHDAILY 4/1/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Mangsa banjir di Rantau Panjang terus meningkat

RANTAU PANJANG: Bilangan mangsa banjir di Rantau Panjang meningkat kepada 2,473 mangsa sehingga jam 10 pagi tadi. Semua mangsa ditempatkan di 16 pusat pemindahan banjir selain menumpang di rumah saudara terdekat. Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata ekoran keadaan banjir di kawasan itu semakin meningkat, beliau mengingatkan […]

Subscribe US Now